Sekolah merupakan tempat anak-anak menimba ilmu kerana ilmu itu pelita hidup. Sekolah juga merupakan tempat anak-anak bergaul mesra dan bermain bersama rakan seusianya. Justeru itu, sekolah merupakan tempat kedua terpenting buat anak-anak lepas di rumah.
Punca-Punca Anak Tidak Mahu Ke Sekolah Yang Ibubapa Tidak Ketahui Sebabnya Credit Pic : SUMBER |
Tetapi, terkadang ada penyebab yang menyebabkan anak-anak tidak mahu kesekolah kerana mereka beranggapan sekolah itu umpama tempat yang paling mengerikan. Justeru itu, sebagai ibu bapa mereka perlu mencari punca mengapa anak mereka malas atau enggan pergi kesekolah.
Punca-Punca Anak Tidak Mahu Ke Sekolah Yang Ibubapa Tidak Ketahui Sebabnya
Terdapat pelbagai punca anak-anak malas pergi ke sekolah :-
Faktor buli
Buli semakin berleluasa di sekolah, ianya umpama trend kanak-kanak zaman sekarang. Disebabkan itulah anak-anak kita malas atau dalam erti kata mudah takut hendak pergi sekolah.
Sekiranya mereka pergi ke sekolah, mereka berasa diri mereka tidak selamat kerana sering di buli. Justeru itu, sebagai ibu bapa mereka perlu sentiasa melihat setiap perubahan yang berlaku terhadap anak-anak mereka. Setiap perubahan yang berlaku terhadap anak-anak membawa pelbagai maksud tersendiri. Ingat, buli membawa padah.
Buli boleh menyebabkan anak menjadi trauma,
Buli boleh menyebabkan anak menjadi lemah,
Lemah disini bermaksud menjadi seorang penakut untuk melawan atau menegakkan sesuatu.
Kes buli boleh dibahagikan kepada dua :-
i) Buli dari segi memeras ugut.
Buli jenis ini kebiasaannya berlaku antara pelajar-pelajar yang lagi muda daripada usia si pembuli. Kebanyakkan mereka memeras ugut seseorang samaada mereka tidak dapat seperti mana yang diperas ugut dapat atau mereka membuli kerana hobi. Amalan membuli secara memeras ugut amat bahaya kerana ianya boleh menyebabkan si pembuli menjadi seorang samseng suatu hari nanti.
ii) Buli dari segi fizikal & mental
Buli fizikal & mental adalah satu jenis buli yang terkadang tidak terlihat seperti buli tetapi mampu membuatkan si mangsa tak mahu pergi ke sekolah.
Contoh yang paling mudah buli dari segi fizikal & mental adalah mengejak bentuk tubuh seseorang secara beramai-ramai. Atau menceritakan kekurangan seseorang di khalayak ramai sehingga membuat seseorang itu berasa down.
Terkadang mereka tidak perasan bahawa mereka telah melakukan buli secara fizikal & mental. Melalui gurauan boleh menjadikan seseorang itu lemah dan boleh menjadi penyebab mereka tidak mahu pergi ke sekolah.
iii) Buli dari segi sexual
Buli sexual ini sangat ditakuti oleh orang ramai. Buli sexual adalah satu sebab anak-anak takut untuk pergi sekolah. Antara contoh buli sensual adalah mereka meraba bahagian sulit kawan tanpa rela.
Secara generalnya kejadian buli sexual ini adalah disebabkan pemangsa kurang mendapat perhatian ibu bapa atau mereka juga adalah mangsa diluar. Dua faktor ini boleh menjadi penyebab mereka menjadi pembuli sexsual. Buli sexual ini boleh menjadi penyebab pedofilia.
Pedofilia ini adalah desakkan yang mendalam dan berteruskan terhadap anak-anak yang belum baglih.
Justeru itu, amalan buli di kalangan pelajar perlu dibanteras sebelum amalan buli ini menjadi satu trend, kerana amalan ini mampu menjadi penyebab anak tidak mahu kesekolah. Ibu bapa harus bijak dalam menilai setiap perubahan anak-anak.
- Hati yang keras boleh dilunturkan dengan nasihat & kasih sayang,
- Hati yang terluka mampu terubat dengan doa & sabar,
- Hati yang sakit boleh di ubati dengan ubat penawar sakit,
- Hati yang mati boleh diubati melalui DOA sahabat yang mampu memimpin diri ke syurga firdausi.
Gajet
Biasanya, anak malas ke sekolah kerana mereka mahu bermain gajet. Permainan gajet ini melalaikan sehingga mereka lupa untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan dan menyebabkan mereka berasa malas untuk pergi sekolah.
Pada zaman serba moden ini, ibu bapa perlu mengawal setiap langkah anak-anak supaya mereka tidak lalai melakukan kerja sekolah harian. Ibu bapa boleh mendapat maklumat penuh berkenaan perangai anak-anak hanya dengan guru melalui what apps sahaja. Hal ini disebabkan pada masa kini dunia hanyalah di hujung jari. Justeru itu, ibu bapa perlu bijak dalam menguruskan urusan anak-anak.
PERINGATAN !!!
Elakkan menghadiahkan anak-anak sebuah gajet sekiranya mereka berjaya meraih sesuatu kejayaan kerana gajet mampu MENGHAPUSKAN segala memori zaman kanak-kanak seseorang.
Secara konklusifnya, anak adalah anugerah yang terindah buat ibu bapa. Justeru itu, sebagai ibu bapa yang prihatin mereka perlu sentiasa peka akan perubahan anak-anak mereka. Tidak salah menjadi ibu bapa yang protective kerana pada zaman yang serba morden ini mampu merosakkan akidah anak-anak kita dengan sekelip mata sahaja.
SUMBER
Baca Juga : Antara Sebab-Sebab Perut Anda Cepat Buncit
Post a Comment