Pasangan pengantin tidak kira wanita mahupun lelaki pastinya ingin kelihatan cantik dan sempurna di hari bahagia mereka.

Hukum Berkenaan Lelaki Memakai Inai Di Jari
Hukum Berkenaan Lelaki Memakai Inai Di Jari
Credit Pic : SUMBER

Selain berpakaian cantik, biasanya pengantin juga akan memakai inai iaitu satu aktiviti yang pasti dilakukan sebelum pasangan mempelai diijabkabul. Kebiasaannya pengantin perempuan akan memakai inai di semua jari sementara lelaki hanya memakai pada tiga jari.

Hukum Berkenaan Lelaki Memakai Inai Di Jari


Masalahnya, lelaki diharamkan untuk memakai inai kerana ia adalah satu satu perhiasan wanita. Oleh itu, lelaki tidak dibenarkan memakai inai pada kedua tangan mahupun kaki melainkan dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan sebagainya.

Lelaki tidak seharusnya meniru wanita sama ada dari segi pakaian atau perhiasan sebagaimana sabda Rasulullah SAW daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma yang bermaksud:

“Rasulullah SAW telah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan golongan wanita yang menyerupai lelaki.” - Riwayat Bukhari (5885)

Selain itu, Al-Imam al-Nawawi juga ada menyebutkan dalam al-Majmu’ yang bermaksud: “Adapun mewarnakan kedua tangan dan kaki dengan inai, maka digalakkan bagi yang berkahwin dalam kalangan perempuan berdasarkan hadis-hadis masyhur padanya dan haram ke atas lelaki-lelaki (memakai inai) kecuali untuk berubat.- (Lihat al-Majmu’. Dar al-Fikr, 1/294)

Bagaimanapun, tidak ada masalah buat lelaki jika ingin mengenakan inai pada rambut mereka.

SUMBER

Baca Juga : Siapa Sebenarnya Dajjal, Adakah Seorang Manusia ?


Post a Comment

Previous Post Next Post