Mimpi memang mainan tidur, tapi adakalanya ia akan memberikan sesuatu petanda kepada diri kita. Bagaimanapun kalau terlalu bergantung harapan dengan mimpi untuk mendapatkan sebarang petanda, boleh khurafat jadinya sebab seperti yang dikatakan tadi ia hanyalah mainan tidur.
Tanda-Tanda Mimpi Anda Itu Benar (Wajib Ada 6 Ciri Ini) Credit Pic : SUMBER |
Tapi, macam mana kita nak tahu kalau mimpi itu hanyalah mainan tidur semata ataupun ia benar-benar membawa petanda? Ustaz Don ada ceritakan perkara ini ketika dia buat ig live dengan Remy Ishak baru-baru ini.
Tanda-Tanda Mimpi Anda Itu Benar (Wajib Ada 6 Ciri Ini)
Video tu dikongsikan oleh netizen di Twitter semalam dan sepanjang masa ini ia telah meraih 13.4K retweets.
1. Dalam keadaan wuduk.
2. Tidak dalam keadaan berhadas besar
3. Lepas mimpi terus terjaga
4. Mesti berlaku tengah malam ke atas
5. Ingat mimpi tu sampai bila-bila
6. Mimpi yang berulang-ulang
Enam syarat ni mesti/wajib ada. Kalau salah 1 tak ada, mimpi tu dianggap mainan tidur
Ramai netizen yang tertarik dengan perkongsian ini, ia sangat berguna kepada kita. Ada juga netizen ceritakan yang mereka pernah alami perkara ini seperti berjumpa dengan arwh ibu mereka dan ada juga yang alami pengalaman mengerikan dalam mimpi mereka.
Rata-rata kesemua 6 ciri-ciri ini mungkin kita pernah lalaui. Tapi ingat, Ustaz Don kata pastikan keenam-enam syarat ini ada pada diri kita baru lah ianya betul, andaikata hanya salah satu atau tak lengkap ia mungkin hanya sekadar mainan tidur sahaja.
SUMBER
Baca Juga : Hukum Berkenaan Lelaki Memakai Inai Di Jari
Post a Comment