Saya ingin mengetahui apakah ganjaran yang diberikan kepada orang yang kerjanya menguruskan mayat seperti memandikan mayat dan yang berkaitan dengannya?

Kelebihan Memandikan Jenazah (Ustaz Azhar Idrus)
Kelebihan Memandikan Jenazah (Ustaz Azhar Idrus)
Credit Pic : SUMBER

JAWAPAN :

Kelebihan Memandikan Jenazah (Ustaz Azhar Idrus)


Telah diriwayatkan daripada Abi Rafi’ r.a. berkata :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ غَسَّلَ مَيِّتًا فَكَتَمَ عَلَيْهِ غُفِرَ لَهُ أَرْبَعِينَ مَرَّةً ، وَمَنْ كَفَّنَ مَيِّتًا كَسَاهُ اللَّهُ مِنْ سُنْدُسِ وإسْتَبْرَقِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ حَفَرَ لِمَيِّتٍ قَبْرًا فَأَجَنَّهُ فِيهِ ، أُجْرِيَ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ كَأَجْرِ مَسْكَنٍ أَسْكَنَهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Artinya : “Barang siapa memandikan akan mayat dan diam ia atasnya (yakni dari menceritakan tentang mayat itu) nescaya akan diampunkan baginya empat puluh kali. Dan barang siapa yang mengkafankan mayat nescaya Allah akan memberinya pakaian dari sutera yang halus dan yang tebal di dalam syurga. 

Dan siapa yang menggali kubur bagi mayat dan ditanam mayat itu padanya nescaya diberi pahala baginya seperti pahala orang memberikan tempat tinggal yang tinggal dia padanya sampai hari kiamat.” (Hadith Riwayat Imam Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Kesimpulan

Menguruskan jenazah dari memandikan dan mengkafankan dan menyembahyangkan dan menanamnya adalah fardu kifayah dan orang yang melakukan tuntutan fardu kifayah ini akan beroleh pahala yang sangat banyak dari kerana dia mewakili seluruh penduduk dalam mukimnya atau kampungnya untuk mengerjakan perintah agama yang tidak dikerjakan oleh orang lain.


SUMBER - (Ustaz Azhar Idrus)

Baca Juga : Hukum Berkenaan Lelaki Memakai Inai Di Jari

Post a Comment

Previous Post Next Post