Kalau sudah namanya manusia, tidak dapat lari daripada sifat berbohong atau menipu. Bukan sahaja lelaki, tetapi juga wanita juga kerap berbohong.
Dalam rumah tangga, sifat-sifat buruk ini boleh membahayakan hubungan suami isteri. Kadang-kadang isteri berbohong kerana memikirkan segala masalah akan selesai.
Kenali Cara Seorang Isteri Sedang Berbohong Yang Perlu Suami Tahu Credit Pic : SUMBER |
Ramai wanita berhobong dengan pelbagai alasan seperti agar pasangannya tidak mengetahui keburukannya, agar masalah yang dihadapi pasangannya cepat selesai dan agar tidak menambah masalah lagi.
Kenali Cara Seorang Isteri Sedang Berbohong Yang Perlu Suami Tahu
Namun sebenarnya segala macam kebohongan yang sering dilakukan oleh wanita merupakan sesuatu yang buruk walaupun dengan pelbagai alasan yang ada.
Seorang isteri yang sedang berbohong boleh dikenali melalui beberapa perkara.
1.Wajah Pucat
Buat yang pertama kali berbohong atau tidak biasa berbohong, wajahnya akan menjadi pucat tatkala sedang melakukan perkara itu.
Isteri akan berasa takut kalau suaminya tahu dia sedang berbohong dan itu menyebabkan air mukanya berubah menjadi pucat.
Namun bagi yang biasa berbohong, tanda-tanda ini sukar dikesan.
2.Berdebar-Debar
Dia sedar yang dia sedang berbohong jadi debarannya itu agak laju sehingga menyebabkan pernafasannya tidak teratur. Ibarat seperti baru menaiki tangga atau baru lepas berlari, tercungap-cungap. Seorang suami boleh tahu bila isterinya dalam keadaan berdebar-debar.
3.Gagap
Padahal selama ini bukan main lancar lagi bercakap. Macam bertih jagung. Tetapi saat isteri sedang berbohong, dia akan tergagap-gagap menjawab persoalan korang.
Macam-macam alasan akan diberikan namun korang boleh cam yang isteri korang sedang menipu sebab dia menjelaskan dalam keadaan tergagap-gagap.
4.Mengangkat Bahu
Biasanya ketika isteri korang berbohong, dorang akan mengatakan “saya tidak tahu apa-apa” sambil mengangkat kedua bahunya agar kelihatan menyakinkan.
Sebenarnya gerakan mengangkat kedua bahu itu menandakan ada sesuatu yang sedang disembunyikan olehnya.
5.Ubah Tajuk
Salah satu cara menyembunyikan sebuah kebohongan adalah mengubah tajuk perbualan agar kebohongan yang sedang dilakukan dilupakan begitu sahaja.
Namun bagi isteri yang tidak biasa berbohong, dorang tidak berapa cekap untuk menukar tajuk sehingga suami boleh menyedari yang isterinya sedang berbohong.
SUMBER
Baca Juga : Sebab-Sebab Mengapa Lelaki Kerap Berlaku Curang Pada Isteri
Post a Comment