Ini dia 13 tips penting untuk lakukan teknik "Tummy Time" dengan selamat dan berkesan. Jom kita baca.
Teknik Sebenar Tummy Time Bayi Yang Berkesan Credit Pic : SUMBER |
1. Mulakan seawal yang mungkin supaya bayi terbiasa dengan rutin ni.
Teknik Sebenar Tummy Time Bayi Yang Berkesan
2. Macam yang saya ajar dekat posting facebook saya, mak ayah boleh gunakan teknik Tummy Time ni sejak seawal bayi dilahirkan lagi dan teruskan je sampai umur dia 5 hingga 6 bulan.
Mak-mak boleh je lakukannya semasa di hospital lagi. Lagi awal, lagi baik.
3. Bagi peringkat permulaan, baringkan je bayi kita tu secara meniarap kat atas perut ataupun kat dada kita.
4. Nanti bila dah biasa sikit, mak ayah boleh letakkan tikar atau selimut pada permukaan yang rata. Lepas tu letaklah bayi meniarap kat situ.
5. Make sure mak ayah sentiasa ada bersama bayi dan perhatikan bayi masa dia meniarap. Tolong pastikan bayi tak tertidur semasa Tummy Time ye.
6. Antara waktu paling bagus untuk buat teknik ni ialah masa baby lepas mandi atau pun masa lepas tukar lampin.
7. Tak perlu lama-lama. Mula-mula tu cukup 3 ke 5 minit je setiap kali. Lakukan 3 kali sehari. Kemudian panjangkanlah tempoh masa Tummy Time tu ikut umur baby.
8. Mudahnya kita buat begini. Masa baby usianya 1 bulan, lakukan jumlah 10 minit sehari. Bila masuk 2 bulan cukup 20 minit sehari. Teruskan tambah sampailah 1 jam sehari masa baby kita tu berumur 5 hingga 6 bulan.
9. Tapi bila nak buat tu jangan terlampau excited ye. Kalau anak baru lepas menyusu tak usahlah terus buat. Takut dia termuntah atau meluak.
10. Ada sesetengah bayi ni dia mungkin tak berapa suka meniarap. Untuk baby macam tu, cubalah letakkan mainan ataupun kita baring bersama dengan dia.
11. Sebenarnya kita boleh buat macam-macam aktiviti untuk baby yang dah besar sikit masa dia meniarap tu. Try lah letakkan patung ataupun mainan untuk bayi capai. Mak ayah kenalah kreatif sikit. Hihi.
12. Untuk bayi premature atau yang ada masalah kronik yang libatkan otot dan pernafasan, tak pun baby yang mengalami masalah refluks susu yang teruk, mak ayah tolong dapatkan nasihat doktor pakar kanak-kanak dulu sebelum nak lakukan Tummy Time ni. Risau mudaratnya lebih besar.
13. Ingat ye...Perhatikan baby kita tu masa dia sedang meniarap. Mak ayah jangan tertidur pulak. Risiko bayi untuk lemas tinggi tau masa meniarap. Kalau nampak bayi dah letih atau tertidur, terus letakkan dia balik ke cot untuk tidur menelentang.
SUMBER - Ahmad Luqman Bukhari
Baca Juga : Perkara Yang Bakal Ayah Perlu Tahu Dalam Mendidik Anak
Post a Comment