Kalau bayi kita dalam usia 2 bulan ke atas biasanya dah mula start nak menghisap jari. Kadang tu muka dia punya syok hisap jari sampai tutup tutup mata.
Tapi ada yang risaukan bila tengok anak hisap jari?
Ketahui Mengapa Bayi Anda Menghisap Jari Yang Ibubapa Perlu Tahu Credit Pic : SUMBER |
Biasanya mulalah kita pun tarik jari dia tu. Lepas tu bagi puting. Bukan nak cakap salah bagi puting, tapi.. mungkin lepas ni kita patut biar je anak hisap jari.
Ketahui Mengapa Bayi Anda Menghisap Jari Yang Ibubapa Perlu Tahu
Nak tahu kenapa?
Anak dalam usia 2 bulan ke atas tu dia mula lah nak explore benda lain selain susu mak dia. Jadi, bila dia hisap jari tu, itulah cara dia menenangkan diri.
Sebab apa tu? Sebab anak seusia itu kenal mak dia je. Lepas tu? Haa.. so anak ni antara cara hiburan dan cara dia bertenang adalah dengan hisap jari.
Takpe, biar je. Bukan lama pun. InsyaAllah bila sudah mula merangkak berdiri.. dia dah tak hisap jari dah. Dengan cara ni juga tak perlu nak guna puting sangat.
Antara kebaikan bayi menghisap jari ialah.. ini sebenarnya latihan perkembangan sensori dan motor : oral motor, motor halus, motor kasar dan koordinasi mata-motor.
Eh macam mana tu?
Yelah, nak hisap jari tu.. perlu anak gerakkan tangannya ke mulut = motor kasar
Masa nak bawak tangan tu ke mulut anak akan tengok jari jarinya = koordinasi mata-motor
Lepas tu masukkan jari jari comel tu ke dalam mulut = motor halus
Nak hisap jari? Kenalah gerakkan otot mulut kan? = oral motor
Jari jari yang dihisap memberikan ransangan sensori kepada mulut anak serta motor halus anak.
Ha, kan banyak faedahnya tu !!
Dah kenapa selama ni kita asyik fikir tak elok ek?
Dah masuk usia 3-5 bulan.. anak semakin TERER. Ha, camne terer tu?
Bila anak hisap jari... Dia tak lepas. Jadi ini memerlukan kawalan serta kekuatan hisapan (sucking) serta kawalan tangannya juga agar tidak terlepas dari mulut.
Masa ni, dia dah nampak spesifik. Dia hisap IBU JARI. Dah tak macam memula dulu main taram je semua jari buh dalam mulut.
Bila dia hisap ibu jari ni.. dia memang dalam keadaan yang tenang. Kalau anak saya, memang tertidur la hisap jari.
Tapi kalau hisap penumbuk.. dia bukan untuk tenang tu.. itu lebih kepada exploration. Dia nak explore dari sudut sensori rasa... Sensori visual tengok bentuk bulat penumbuk tuu.. tactile bila penumbuk tersebut tersentuh wajahnya.
Relax la ibu bapa sekalian.. anak hisap jari sebab itulah timeline perkembangan dia.. bukan sebab dia tak sabar nak makan.
Ini tengok anak 3 bulan hisap jari.. dah dikata lapar nak makan dah... Aduhh parahhh !!!
Edit: Seandainya anak dah cecah 4 tahun masih tak stop hisap jari... Adalah wajar untuk kita hentikan. Bimbang jadi tabiat smpai ke besar pula.
Kerana sampai umur 4 tahun anak dah merangkak, jalan berlari dah pandai macam-macam dah. Jika dia masih hisap jari, ada perkembangan dia yang mungkin terganggu. Sila rujuk doktor atau terapis ya dan pelan pelanlah hentikan tabiatnya.
SUMBER
Baca Juga : Tanda-Tanda Anak Kecil Anda Ketagihan Gadjet
Post a Comment