Adakah iman orang-orang Islam itu boleh naik dan boleh turun dan apakah sebabnya?
JAWAPAN :
Mengapa Iman Kita Ada Naik Turun ? Apa Sebabnya? Credit Pic : SUMBER |
Bermula iman itu boleh bertambah dengan sebab mengerjakan segala amal soleh dan ketaatan dan iman boleh berkurang dengan sebab berbuat maksiat dan meninggalkan ibadat atau cuai padanya.
Allah Taala berfirman :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
Artinya : “Hanyasanya orang-orang mukmin itu apabila disebut akan Allah nescaya gementarlah segala hati mereka dan apabila dibaca atas mereka akan ayat-ayat Allah nescaya bertambahlah iman mereka dan atas Tuhan mereka itu bertawakkal mereka semua.” (Al-Anfal : 2)
Dan lagi firman Allah :
وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ
Artinya : “Dan orang-orang yang mendapat hidayah itu akan bertambah lagi hidayah mereka itu dan diberikan mereka itu rasa taqwa.” (Muhammad : 17)
Dari ayat-ayat ini bahawa iman itu boleh bertambah dan berkurang yaitu bersalah-salahan iman itu antara seseorang dengan seseorang yang lain mengikut amalannya.
Tersebut pada Matan Syaibaniyah :
وإيماننـا قــــــول وفعــــــل ونـيــــــة ويزداد بالتقوى وينقـص بالـردا
Artinya : “Dan iman kita itu perbuatan dan perkataan dan niat dan bertambah iman dengan taqwa dan berkurang ia dengan sebab dosa.”
Baca Juga : Hukum Berkenaan Imam Membaca Kuat Solat Zohor
Post a Comment