Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch melancarkan Program Zero Hunger kepada keluarga B40 yang tidak mempunyai dana untuk membeli makanan semasa tempoh kawalan terhad pergerakkan. Jika ANDA memerlukan bantuan pembekalan makanan dan tinggal di kawasan terbabit, sila mohon dengan segera.

Permohonan Bantuan Makanan B40 (Sadaqah Market)
Permohonan Bantuan Makanan B40 (Sadaqah Market)
Credit Pic : SUMBER

Zero Hunger, merupakan satu unit utama di Yayasan Brainy Bunch yang membawa misi menyediakan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan tidak berkemampuan.

Permohonan Bantuan Makanan B40 (Sadaqah Market)


Sehubungan itu, kami akan menyediakan 1000 bakul berisi makanan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu untuk diagihkan kepada keluarga golongan B40 yang layak bagi membantu meringankan setiap beban mereka.

Kami juga akan memberi Nasi Bungkus siap masak untuk mereka yang tidak mempunyai makanan langsung.

Kaedah agihan ialah dengan mengenal pasti beberapa lokasi strategik untuk golongan sasaran bagi memudahkan mereka akses kepada bantuan tersebut.


Syarat-Syarat Pemohon:

1) Pendapatan Isi Rumah
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan dan bekalan makanan yang tidak mencukupi

2) Tanggungan Isi Rumah
Mempunyai bilangan tanggungan isi rumah yang tinggi

3) Pekerja Yang Bercuti Tanpa Gaji
Pekerja-pekerja yang mendapat notis bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh COVID-19

4) Hilang Punca Pendapatan Keluarga
Masalah-masalah lain yang menyebabkan hilang punca pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan

5) Peniaga Pasar Malam
Peniaga pasar malam yang tidak dapat berniaga dari menjana pendapatan kerana perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan

6) Ibu Tunggal
Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan isi rumah yang banyak.

Pendaftaran Permohonan Bantuan Makanan hanya untuk mereka yang benar-benar memerlukan bantuan makanan. Mereka yang masih mempunyai pendapatan tidak layak memohon.

Kami hanya dapat membantu berdasarkan kemampuan kami dan dana yang ada. Sebarkan kepada mereka yang memerlukan. 

Kepada mereka yang mahu membantu boleh salurkan sadaqah anda di www.sadaqahmarket.com

> Permohonan Bantuan Makanan B40<

Baca Juga : Apa Perbezaan Antara Pelaburan Dan Perlindungan?


Post a Comment

Previous Post Next Post