Rayuan Kemasukan ke IPG tertakluk kepada keperluan unjuran bidang 
 yang masih ada kekosongan dan memenuri syarat-syarat berikut :-

Rayuan Permohonan IPG (PISMP) 2020
Rayuan Permohonan IPG (PISMP) 2020
Credit Pic : SUMBER

Rayuan Permohonan IPG (PISMP) 2020


A. PEMOHON YANG LAYAK UNTUK MEMBUAT RAYUAN KE IPG 
1. Pemohon yang telah menjalani saringan UKCG dan menghantar rakaman video pengajaran.
2. Pemohon yang telah memohon program IPG tetapi tidak mendapat mana-mana tawaran dalam pilihan 1 hingga 12 semasa membuat permohonan dalam UPUonline
3. Pemohon yang telah memohon Pilihan 1-4 bagi Program Bahasa Melayu (SK), Sejarah (SK), Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SK), Bimbingan dan Kaunseling, Matematik (SJKC) dan tidak mendapat mana-mana tawaran dalam pilihan 1 hingga 12 semasa membuat permohonan dalam UPUonline. 

 Sekiranya layak IPGM boleh menawarkan mana-mana bidang dan aliran sekolah mengikut keperluan KPM seperti berikut : 

 1. Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC/SJKT) untuk Tahap 2
 (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC/SJKT) untuk Tahap 2 bahasa Cina tidak diperlukan, mempunyai syarat kepujian bahasa Cina adalah satu kelebihan.)

 2. Reka bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah (SK)

 3. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan (SK)

Sila rujuk syarat bidang pengkhususan di portal http://upu.moe.gov.my, hanya pemohon yang mempunyai kelayakan syarat bidang akan dipertimbangkan.


B. PEMOHON YANG TIDAK LAYAK UNTUK MEMBUAT RAYUAN KE IPG

1.Pemohon yang gagal dalam saringan UKCG dan gagal dalam penilaian video pengajaran
2.Pemohon yang tidak menjalani saringan UKCG dan tidak menghantar rakaman video pengajaran
3.Pemohon yang telah mendapat tawaran daripada mana-mana pusat pengajian (universiti/Matrikulasi/Asasi/Politeknik/Kolej Komuniti) melalui UPU

SUMBER

Baca Juga : Permohonan Projek Perumahan Perakku 2020

Post a Comment

Previous Post Next Post