Ketika kita ziarahi kubur apakah surah yang kita perlu dibaca? Adakah memadai kalau saya membaca surah al-fatehah sahaja?
Surah Apa Yang Perlu Dibaca Ketika Ziarah Kubur? Credit Pic : SUMBER |
JAWAPAN :
Surah Apa Yang Perlu Dibaca Ketika Ziarah Kubur?
Ketika ziarah kubur tidak ada sebarang surah atau ayat tertentu yang mesti dibaca oleh orang yang ziarah.
Terpulang kepada orang yang ziarah itu sendiri apa surah yang dia hendak baca atau ayat. Jika dia mempunyai masa maka harus dia membaca surah yang panjang atau sehingga khatam dan jika dia kesempitan masa maka boleh dia membaca surah yang pendek.
Dan harus bagi yang ziarah untuk memilih membaca surah yang sama setiap kali dia ziarah ke kubur seperti surah Al-Ikhlas atau surah Al-Fatihah atau pun melazimi membaca ayat Kursi.
Apa sahaja surah atau ayat Quran yang dibaca pasti akan turun rahmat dan mendapat ganjaran pahala.
Telah menyebut oleh Imam Ibnu Muflih telah berkata oleh Imam Ahmad bin Hanbal :
إذا دَخَلْتُمْ المقَابِر فَاقْرَؤوا آيَةَ الْكُرْسِيّ وَقُلْ هُوَ الله أَحَد ثَلاَثَ مَرَّات، ثم قولوا: اللَّهُمّ اجْعَلْ فَضْلَهُ لأَهْلِ المقَابِرِ
Artinya : “Apabila kamu masuk ke tanah perkuburan maka bacalah oleh kamu sekelian akan ayat Kursi dan surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali kemudian hendaklah kamu berkata : Ya Allah jadikanlah kelebihannya bagi penghuni sekelian kubur ini.”
Telah menyebut umpama ini oleh sebilangan dari ulamak fiqah mazhab yang empat dan lain dari mereka itu.
Kesimpulan
Ziarah kubur adalah sunat hukumnya dan ketika ziarah sunat memberi salam kepada penghuni kubur dan membaca Quran dan bertafakkur serta berdoa.
Tidak ada surah tertentu yang mesti dibaca ketika ziarah kubur dan jika dibaca apa sahaja surah yang di suka maka hukumnya adalah harus.
wallahua’lam
SUMBER - Ustaz Azhar Idrus (Facebook)
Baca Juga : Betul Ke Orang Yang Memberi Hutang Lebih Afdhal Daripada Memberi Sedekah?
Post a Comment