Sesebuah hubungan itu diberkati Allah SWT sekiranya mendapat reda dan persetujuan daripada ahli keluarga terutamanya ibu bapa.

Tanda-Tanda Ibubapa Anda Tidak Setuju Dengan Pasangan Pilihan Anda
Tanda-Tanda Ibubapa Anda Tidak Setuju Dengan Pasangan Pilihan Anda
Credit Pic : SUMBER

Jadi, untuk mendapatkan keredaan kedua ibu bapa, seseorang perlu meminta izin dan bawa pasangan pilihan hati berjumpa dengan dorang.

Tanda-Tanda Ibubapa Anda Tidak Setuju Dengan Pasangan Pilihan Anda


Hubungan itu juga tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan ibu bapa kerana akhirnya kepada dorang juga korang perlu berjumpa untuk mendapatkan restu terutamanya pihak perempuan.

Namun, setelah korang perkenalkan kepada ibu bapa pasangan pilihan, terserah kepada dorang untuk merestuinya atau tidak. Namun, sudah tentu semua orang nak hubungan itu direstui.

Tetapi bagaimana nak tahu sama ada dorang restu atau tidak kerana ada sesetengah ibu bapa sukar untuk berterus-terang kerana tidak mahu menyinggung perasaan anak-anak.

Oleh itu, jom kita kenali tanda-tanda kalau ibu bapa tidak berkenan dengan pilihan hati korang.


1. Tidak Ajak Pasangan Anda Untuk Kenal Lebih Rapat

Bukannya tak bagi tahu tentang hubungan cinta korang kepada ibu bapa, malah siap bawa jumpa lagi. Tetapi kenapa dorang tak pernah ajak pasangan korang berjumpa atau berkenalan dengan saudara-mara yang lain.

Setiap kali hari raya atau ada kenduri-kendara, ibu bapa korang tak pernah sekalipun suruh korang ajak sekali pasangan datang.

Hah, itu tandanya ibu bapa korang tak berkenan dengan pilihan hati korang. Jadi, korang banyakkan berdoa agar dibuka pintu hati dorang untuk menerima pasangan korang.


2. Sengaja Puji Bekas Kekasih Di Hadapannya

Korang punyalah semangat dan gembira bawa balik pasangan untuk berjumpa ibu bapa korang. Tapi malangnya ibu bapa korang dengan sengaja memuji-muji bekas kekasih korang di hadapan pasangan.

Sudah pastilah pasangan korang sentap dan terasa hati. Tiada siapa yang suka sekiranya dibanding-bandingkan dengan orang lain.


3. Secara Terang-Terangan Mengkritik

Pasangan korang punyalah jaga imej ketika berjumpa ibu bapa korang, boleh pula orang tua korang kritik tentang pakaiannya.

Kalau kritik membina okaylah lagi, tapi ini siap kutuk dan perli-perli secara terang-terangan. Mahu tak merah muka pasangan korang kena hina sampai macam itu. Silap hari bulan, trauma dibuatnya !!!


4. Tidak Mahu Campur Tangan

Tiada hubungan yang tidak dilanda ujian. Kadang-kadang kita perlukan seseorang untuk mengadu dan minta pendapat. Orang paling tepat siapa lagi kalau bukan ibu bapa kita.

Namun, kalau dorang buat tak tahu atau tak nak masuk campur, itu tanda awal dorang tak berkenan dengan pilihan korang.

Kalau boleh, dorang nak tengok hubungan tersebut gagal. Jadi, bersabarlah dan cuba cari jalan bagaimana mahu memikat hati dorang.

SUMBER

Baca Juga : Ciri-Ciri Status Hubungan Yang Tidak Jelas (Friendzone)

Post a Comment

Previous Post Next Post