Saya ingin mendapatkan kepastian tentang dakwat sotong yang berwarna hitam itu adakah sebenarnya ia najis atau tidak najis?
Adakah Dakwat Sotong Itu Najis? Credit Pic : SUMBER |
JAWAPAN :
Para fuqahak telah berselisih pendapat tentang dakwat hitam yang keluar dari haiwan laut yang bernama sotong ini yaitu sebahagian fuqahak mengatakan ia adalah najis manakala sebahagian lagi mengatakan dengan sucinya.
Berkata Syeikh Abdul Rahman Ba’lawi :
الذي يظهر أنّ الشيء الأسود الذي يوجد في بعض الحيتان وليس بدم ولا لحم نجس, إذ صريح عبارة التحفة أنّ كلّ شيء في الباطن خارج عن أجزاء الحيوان نجس, ومنه هذا الأسود للعلّة المذكورة إذ هو دم أو شبهةArtinya : “Bermula yang zahirnya bahawa suatu yang berwarna hitam yang didapati pada setengah haiwan laut yang bukan ia darah dan bukan daging itu adalah najis ia kerana telah jelas pada ibarat kitab Tuhfah sungguhnya setiap sesuatu di dalam perut yang keluar dari juzuk-juzuk haiwan itu adalah najis. Dan setengah daripadanya ialah dakwat hitam yang tersebut kerana ia dihukumkan darah atau seperti darah” (Kitab Bughyah Al-Murtassyidin)
Dan tersebut pula pada kitab Bughyah At-Tullab :
وقد قال بعض مشايخنا: أنّ هذا السواد شيء جعله الله لصاحبه ترسا يتترس به عن كبار الحيتان فإذا قصده حوت كبير ليأكله أخرج هذا السواد فاختفى به عنه فلا يقاس بالقيئ ولا باللعاب لكونه خاصا له بهذه الخصوصية ويكون طاهرا والله أعلمArtinya : “Telah berkata sebahagian guru-guru kami sungguhnya dakwat hitam ini adalah suatu yang Allah jadikan bagi haiwan tersebut sebagai senjata yang berjaga dengannya dari haiwan laut lain yang lebih besar. Maka apabila haiwan yang besar hendak menangkapnya lalu dikeluarkan dakwat hitam ini maka dia dapat menghilangkan diri darinya.
Maka tidaklah diqiaskannya dengan muntah dan tidak juga air liur kerana keadaannya itu suatu yang istimewa bagi haiwan sotong ini dan ia adalah suci.”
KESIMPULAN
Hukum dakwat hitam yang ada pada sotong ini najis ia menurut setengah pendapat ulamak dan suci ia menurut setengah pendapat yang lain. Yang afdhal ialah membasuhnya supaya keluar dari perselisihan.
Wallahua’lam
SUMBER - Ustaz Azhar Idrus
Baca Juga : Adakah Sah Wuduk Jika Memakai Maskara?
Post a Comment