Dalam minggu ini, ramai yang share audio seorang profesor Indonesia mana ntah yang kata kalau 'tembak' thermometer infrared di kepala boleh rosakkan otak.

Betul Ke Tembak Suhu Thermometer Di Kepala Boleh Rosakkan Otak?
Betul Ke Tembak Suhu Thermometer Di Kepala Boleh Rosakkan Otak?
Credit Pic : SUMBER

Dijajanya pula mitos otak kanan ada 81 kotak, otak kiri ada 18 kotak, bila ditambah menjadi 99 sama dengan Asma' ul Husna.

Betul Ke Tembak Suhu Thermometer Di Kepala Boleh Rosakkan Otak?

Tak kurang yang share kononnya di Mekah dan Madinah, pemeriksaan suhu dibuat di tangan, bukan di kepala sebab boleh effect otak.

Begitu mudah orang kita percaya cerita karut begini dan forward ke sana sini. Apatah lagi disalut dengan unsur agama. Nama Tuhan, nama Tanah Haramain nan suci dijual dan dijaja untuk meraih percaya.

Buat pengetahuan semua, suhu badan yang paling tepat adalah di arteri pulmonary. Yang kedua di dalam tekak (nasopharynx). Tapi, kalau nak ambil suhu dari 2 tempat ini, kena masukkan alat pengesan suhu ke dalam badan. Susah....!!!

Maka, di'qias'kan bacaan suhu melalui mulut atau dubur. Kedua-dua tempat ini mampu menunjukkan suhu badan yang tepat.

Tapi, musim-musim Covid ni, takkan nak kongsi thermometer mulut dan dubur ramai-ramai? Geli satu hal. Lepas tu, habislah berjangkit semua orang.

Maka, didatangkan alat penyukat suhu yang mengesan gelombang infrared yang tak perlukan sentuhan. Cukup sekadar 'tembak'. Ia boleh menyukat suhu badan dengan tepat.
Kenapa tidak tangan? Kerana suhu di tangan tidak semestinya sama dengan suhu badan. Ia tidak tepat. 

Betulkah gelombang boleh rosakkan otak? Memang betul, terdedah kepada gelombang berfrequensi tinggi atau rendah dalam tempoh yang lama boleh membawa kesan sampingan.

Tapi, kalau nak dibandingkan, cahaya lampu atau cahaya matahari, juga mengeluarkan gelombang dan kita terdedah lebih lama berbanding tembak suhu yang sekali sekala saja.
Kalau nak kata boleh rosakkan otak, mungkin kalau 'tembak' beratus juta kali sehari baru boleh rosakkan otak. Tapi kalau dah tembak juta-juta kali sehari, dari situ pun kita dah dapat tahu yang otak seseorang itu memang ada kerosakan. 

Selain itu, telefon bimbit yang sentiasa ada di badan kita pun mengeluarkan gelombang. Kalau nak kata gelombang dari thermometer bahaya kepada otak, adalah lebih baik kita buang telefon bimbit kita. 

Makanya di sini, janganlah kita mudah percaya audio atau mesej yang tular sekalipun 'Profesor' yang menyebutnya. Tambah zaman sekarang, jual agama memang suatu bisnes yang menguntungkan. 

Kalau nak percaya juga boleh rosak otak, bolehlah pilih sama ada nak guna thermometer mulut atau dubur !!!

SUMBER - Dr Azizul Salehudin

Baca Juga : Apa itu ADHD? Ibubapa Perlu Semak Pada Anak-Anak Anda


Post a Comment

Previous Post Next Post