Sudah menjadi lumrah masyarakat kita, setiap rumah mesti memasang aircond , bukan? Ya, tidak salah untuk melakukan ini.
Cara Jimatkan Bil Elektrik Jika Menggunakan Aircond Yang Tidak Ramai Orang Ketahui Credit Pic : SUMBER |
Walaubagaimanapun, ia mungkin akan menyebabkan pembaziran elektrik jika tidak digunakan dengan cermat. Jadi, apakah yang boleh dilakukan oleh anda dalam usaha jimatkan elektrik semasa menggunakan penyaman udara (Aircond)?
Cara Jimatkan Bil Elektrik Jika Menggunakan Aircond Yang Tidak Ramai Orang Ketahui
Berikut adalah beberapa tips penggunaan penyaman udara ketika musim panas yang anda boleh lakukan menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB):
1. Laraskan Suhu Sekitar 24 Ke 26 Darjah Celcius
TNB menyarankan antara langkah utama dalam menjimatkan penggunaan peralatan elektrik seperti penyaman udara adalah dengan melaraskan ia kepada suhu yang “sedang-sedang sahaja” yakni 24 hingga 26 darjah celsius.
Dengan suhu yang sederhana (tidak terlalu sejuk, tidak terlalu panas) ini, sudah pasti ia sudah mampu membuat anda berasa nyaman serta membuat peralatan ini tidak mudah rosak dan tahan lebih lama.
2. Servis Dengan Lebih Kerap
Sama seperti peralatan elektrik yang lain seperti kipas, lampu atau peti sejuk, aircond juga perlu menjalani servis sekurang-kurangnya 3 atau 4 bulan sekali.
Tujuan ianya dilakukan adalah untuk membersihkan atau menukar penapis penyaman udara agar dapat memaksimumkan potensi penyejukan aircond ini.
Untuk pengetahuan anda, penapis yang kotor atau rosak akan menghalang laluan udara sekali gus mengurangkan kecekapan fungsinya.
3. Tutup Semua Pintu, Tingkap dan Lubang Untuk Kesan Terbaik
Ketika musim panas ini, sudah pasti kita semua mahu aircond yang dipasang dapat menyejukkan bilik kita, bukan? Jadi, apakah trik yang paling sesuai untuk merealisasikan hasrat ini?
Caranya, tutup semua pintu, tingkap dan lubang-lubang ketika aircond dipasang untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik. Cuma jangan kunci diri di dalam bilik seorang diri, ya? Takut ada emergency pula nanti, susah pula untuk berlari keluar.
4. Tetapkan Masa Untuk Aircond Terpadam Sendiri
Seiring dengan zaman teknologi kini, kebanyakan peralatan elektrik sudah mempunyai sistem ‘sleep’ atau terpadam sendiri, sama seperti komputer atau televisyen.
Tujuan sistem ini diwujudkan adalah untuk menjimatkan penggunaan elektrik sekiranya pengguna tertidur atau terlupa untuk memadamkannya di saat sudah tidak lagi mahu menggunakannya.
Jadi, sila tetapkan waktu yang spesifik bilaman anda mahu menggunakannya, okay?
5. Guna Kipas Sebagai Alternatif
Anda tidak perlu menggunakan penyaman udara sepanjang masa, bukan?
Ini kerana penggunaan aircond terlalu lama bukan sahaja akan membuatkan bil elektrik rumah anda melambung tinggi, malahan gas klorofluorokarbon dari aircond yang dijana untuk menyejukkan isi rumah anda sebenarnya mungkin akan merosakkan kualiti udara di luar sana.
Tanya kepada diri anda, adakah anda mahu mementingkan diri anda dan tidak langsung mempedulikan alam semula jadi kita?
Jadi, kekadang tidak salah untuk anda menggunakan kipas angin bagi menggantikan aircond. Kalau tidak cukup sejuk, apa kata anda beli kipas besar seperti yang selalu diletakkan di restoran mamak dan guna ia di dalam bilik anda. Tiada lagi keluhan, bukan?
Sila tukar penyaman udara anda !!!
TNB juga menyarankan pengguna untuk menggantikan penyaman udara yang telah lama atau usang kerana ia tidak lagi relevan setelah bertahun-tahun digunakan.
Jadi, sila beli yang baru sekiranya aircond yang anda gunakan itu sudah tidak boleh berfungsi dengan baik walaupun selepas diservis secara berkala. Akan tetapi, sila baca tips berikut sebelum membeli aircond, ya?
Tip Membeli Penyaman Udara Yang Terbaik :
- Memilih model yang mempunyai bilangan bintang kecekapan tenaga paling tinggi – Lebih banyak bintang, lebih cekap dalam penjimatan tenaga penyaman udara tersebut
- Memilih saiz dan jenis yang tepat dan bersesuaian dengan ruang bilik anda – Ini kerana kapasiti kuasa kuda penyaman udara yang terlebih besar akan menggunakan tenaga elektrik yang lebih banyak serta lebih mahal untuk dibeli dan dipasang.
Tidak semua orang mampu atau suka menggunakan peralatan ini dalam kediaman mereka.
- Pastikan langsir rumah sentiasa ditutup.
- Letakkan ketulan ais di depan kipas, cuma pastikan ia jauh dari sebarang wayar atau punca elektrik, ya?
- Tukar cadar dan selimut anda kepada material yang lebih lembut seperti cotton atau satin.
-Tukar mentol lampu yang kurang mengeluarkan haba seperti flourscent bulb atau incandescent bulb.
- Pasang exhaust fan di dalam rumah.
- Tidur di lantai atau permukaan yang rata seorang diri.
- Kurangkan waktu berada di luar rumah.
- Banyakkan mandi dan minum air.
Dalam erti kata yang lain, anda masih boleh survive walaupun tiada aircond di rumah anda. Jadi, jangan terlalu risau mengenainya, okay? Apa yang penting adalah anda sentiasa menjalani kehidupan yang lebih sihat semasa musim panas ini.
Kesimpulannya, penyaman udara sudah menjadi seperti satu kemestian bagi kalangan masyarakat kita kerana kita tinggal di negara beriklim khatulistiwa, yang hanya ada hujan dan panas sepanjang tahun.
Ketika musim panas yang sedang berlaku kini, ia sudah tentu boleh diumpamakan seperti ‘penawar’ kepada ‘penyakit’ untuk anda.
Namun, tidak wujud sebarang masalah jika anda tidak mempunyainya di rumah. Di dalam kereta, pejabat atau pusat membeli-belah pasti mempunyai, bukan? Jadi, tidak salah untuk anda singgah sebentar di tempat sebegini untuk menyejukkan diri anda seketika !!!
SUMBER
Baca Juga : Pengurusan Penyimpanan Barangan Dan Ubat Dalam Peti Ais
Post a Comment