Dalam sebuah hadis yang menyebut jika sedang solat dan rasa macam kentut maka solat tidak batal sehingga dengar bunyi kentut atau baunya.
Hukum Berkenaan Was-Was Kentut Semasa Solat Credit Pic : SUMBER |
Soalan saya kalau seorang itu kentutnya tidak berbunyi dan tidak berbau adakah tidak batal solatnya?
Hukum Berkenaan Was-Was Kentut Semasa Solat
JAWAPAN :
Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid r.a. katanya :
شُكِيَ إلى النبيِّ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ: الرَّجُلُ يُخَيَّلُ إلَيْهِ أنَّه يَجِدُ الشَّيْءَ في الصَّلَاةِ، قالَ: لا يَنْصَرِفُ حتَّى يَسْمع صَوْتًا، أوْ يَجِدَ رِيحًا.Artinya : “Telah diadukan kepada Nabi saw masalah seorang lelaki yang sering merasa sesuatu hadas berlaku ketika solat. Maka Nabi saw berkata : Jangan berpaling (berhenti) dari solat sehingga mendengar ia akan bunyi atau bau.” (Hadith Muslim)
Maksudnya jika seorang sedang solat kemudian merasa syak adakah dia sudah kentut atau belum maka teruskan sembahyang kerana tidak ada dalilnya bahawa dia telah keluar angin. Tetapi jika ada baginya dalil seperti bunyi atau bau maka hendaklah dia berhenti dari solatnya.
Disebutkan dalam hadith sampailah mendengar bunyi kentut atau menicum bau kentut itu ialah atas jalan ghalib sahaja. Oleh kerana itu jika yakin seorang sudah kentut tetapi tidak mengeluarkan bunyi dan tidak mengeluarkan bau nescaya solatnya telah batal kerana tidak disyaratkan batal pada masalah keluar angin hanya dengan bunyi atau bau.
Berkata Imam Nawawi :
وَلَا يُشْتَرَط السَّمَاع وَالشَّمّ بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَArtinya : “Dan tidak disyaratkan mendengar bunyi kentut dan berbau dengan ijmak sekelian Muslimin.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)
Berkata Syeikh Bujairimi :
والمراد العلم بخروجه لا سمعه ولا شمهArtinya : “Yang dikehendaki ialah yakin dengan keluarnya angin bukan dengarnya dan bukan baunya.” (Kitab Hasyiah Al-Bujairimi)
Kesimpulannya jika yakin keluar angin dengan sebab ada bunyinya atau ada baunya maka batal wuduknya.
Jika yakin keluar angin sekalipun tanpa bunyi dan bau juga batal wuduknya.
wallahua’lam
SUMBER - Ustaz Azhar Idrus
Baca Juga : Sebab-Sebab Seseorang Melakukan Sujud Sahwi
Post a Comment