Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca-pembaca sekalian. Disebabkan kesukaran anda untuk study exam online, saya dengan senang hati menaip semula kesemua soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda dalam menghadapi Peperiksaan Exam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. 


Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pegawai Imigresen KP19 Berserta Jawapan 2020
Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pegawai Imigresen KP19 Berserta Jawapan 2020

Di sini saya nak maklumkan bahawa kesemua jawapan yang disediakan dalam artikel ini dikreditkan kepada meymey. Bukan jawapan dari saya mahupun admin lain. Saya hanya membantu menyusun semula soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda. Ini adalah sebagai rujukan anda. Soalan-soalan ini adalah soalan sebenar dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pegawai Imigresen KP19 Berserta Jawapan 2020

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Bagi Jawatan Pegawai Imigresen KP19 


1. {350, 315, 280, X, 210, Y}. Apakah nilai X + Y?
A) 35
B) 70
C) 195
D) 420

=> 350 - 315 = 35
=> 315 - 280 = 35
=> 280-35 = 245 X
=> 245 - 35 = 210
=> 210 -35 = 175 Y
=> 245 + 175 = 420


2. Berapakah jarak yang dilalui oleh sebuah kereta yang dipandu pada kelajuan purata 98km/j dalam tempoh masa 5 jam 15 minit?
A) 447km
B) 490km
C) 504.7km
D) 514.5km

=> JARAK = K x M
=> 98 x 5.25 = 514.5KM


3. Zali menjual 3 jenis gula-gula iaitu 250g berperisa oren, 320g berperisa anggur dan 720g berperisa strawberi. Berapakah gula-gula yang telah terjual jika terdapat baki gula-gula yang tinggal sebanyak 35%?
A) 1,290.0g
B) 903.0g
C) 838.5g
D) 387.5g

=> 250 + 320 + 720 = 1290g
=> 100 - 35 = 65%
=> 1290 X 65% = 838.5g


4. Tukarkan 23,525 saat kepada jam dan minit.
A) 4 jam 12 minit
B) 4 jam 32 minit
C) 6 jam 32 minit
D) 6 jam 53 minit

=> 23525/60min
=> 392.083min/60jam = 6.535jam
=> 6 jam + 0.535jam
=> 6 jam + (0.535 x 60min)
=> 6 jam + 32min


5. Kotak P, Q dan R mengandungi 380, 450 dan 530 biji guli. Setiap kotak mengandungi 1/10 guli berwarna kuning, 3/10 guli berwarna hijau. Berapakah jumlah guli yang selebihnya?
A) 136
B) 160
C) 816
D) 952

=> 380 + 450 + 530 = 1360
=> 4/10 x 1360 = 544
=> 1360 - 544 = 816


6. 10 bungkusan gula-gula diagihkan sama banyak kepada 5 orang kanak-kanak. Terdapat 30 biji gula-gula diperolehi oleh seorang daripada kanak-kanak tersebut?
A) 20
B) 40
C) 60
D) 90

=> 30 X 10 = 300
=> 300/5 = 60


7. 3 buah baldi yang setiap sebuah mengandungi 4.5 liter air. 4/7 bahagian air tersebut digunakan untuk menyiram pokok bunga. Berapakah jumlah keseluruhan isi padu air yang tinggal di dalam baldi tersebut? (Bundarkan jawapan kepada nombor bulat).
A) 3,857ml
B) 5,786ml
C) 7,114ml
D) 7,714ml

=> 4.5 x 3 = 13.5
=> 4/7 x 13.5 =7.714L
=> 13.5 - 7.714 = 5.786L
=> 5.786 x 1000 = 5786ml


8. Zali mempunyai wang sebanyak RM2,350. Ramli pula mempunyai wang kurang RM120 daripada Zali. Manakala Asri pula mempunyai wang lebih RM235 daripada Ramli. Berapakah jumlah wang mereka?
A) RM7,045
B) RM6,575
C) RM6,475
D) RM2,705

=> (Zali) = 2350
=> (Ramli) 2350 - 120 = 2230
=> (Asri) 2230 + 235 = 2465
=> 2350 + 2230 + 2465 = 7045


9. Harga asal bola yang dijual di sebuah kedai ialah RM78.90 sebiji. Zali membeli 65 biji bola dengan potongan harga 15% manakala 320 biji bola lagi dibeli dengan potongan harga 5%. Berapakah jumlah harga pembelian bola tersebut? (Bundarkan kepada ringgit terhampir).
A) RM25,820
B) RM28,345
C) RM28,858
D) RM30,377

=> 78.9 - 15% = 67.065
=> 78.9 - 5% = 74.955
=> 67.065 x 65 = 4359.225
=> 74.955 x 320 = 23985.6
=> T = 28,345


10. Zali membeli limau manis berharga 25% lebih murah daripada harga limau manis yang dibeli oleh Rahim. harga limau manis yang dibeli oleh Rahim ialah RM9.00 sekilogram. Berapakah harga yang dibayar oleh Zali apabila dia membeli 15kg limau manis tersebut?
A) RM33.75
B) RM101.25
C) RM115.00
D) RM135.00

=> (Zali) 9.00 - 25% = 6.75
=> (Rahim) 9.00
=> 6.75 x 15 = 101.25


11. Sebalang gula-gula berharga RM35.50. Diskaun harga sebanyak 15% akan diberikan untuk setiap pembelian 3 balang gula-gula tersebut. Raju membeli 5 balang gula-gula tersebut. Berapakah harga yang harus dibayarnya?
A) RM90.50
B) RM150.90
C) RM161.50
D) RM177.50

=> 35.5 x 3 = 106.5
=> 106.5 - 15% = 90.525
=> 35.5 x 2 = 71
=> 71 + 90.525 = 161.50


12. Berapakah jumlah luas permukaan (dalam unit cm2) bagi 8 buah kubus yang serupa jika panjang satu sisi kubus tersebut ialah 15cm?
A) 225
B) 1350
C) 10,800
D) 20,250

=> L = 6 x 15 x 15 = 1350
=> 1350 x 8 = 10,800


13. Di dalam sebuah kotak terdapat 1,120 biji gula-gula dan diagihkan sama banyak kepada 4 kumpulan pelajar. Kemudian setiap kumpulan mendermakan 3/5 daripada bilangan yang diperolehi. Berapakah jumlah kesemua gula-gula yang masih ada pada setiap kumpulan?
A) 103
B) 112
C) 168
D) 169

=> 1120/4 = 280
=> 3/5 x 280 =168
=> 168 x 4 =672
=> 280 - 168 = 112


14. Terdapat 35 buah balang di dalam sebuah almari. Sebuah balang mengandungi purata 465 biji guli. Berapakah jumlah jisim (dalam unit kilogram) kesemua guli tersebut jika purata sebiji guli ialah 15g?
A) 260.4kg
B) 244.125kg
C) 17.5kg
D) 15.96kg

=> 35 x 465 = 16,275
=> 16275 x 15g = 244,125g
=> 244,125/1000 = 244.125kg


15. Perjalanan sebuah kereta dari bandar Y ke bandar Z mengambil masa 5 jam 15 minit. Berapakah purata kelajuan kereta tersebut jika jarak perjalanan yang dilalui ialah 536km?
A) 96.60km/j
B) 102.10km/j
C) 104.08km/j
D) 107.20km/j

=> 15/60 = 0.25
=> 5 + 0.25 = 5.25
=> Kelajuan = Jarak/Masa
=> 536/5.25
=> 102.10km/j


16. Zali, Rahim, Zaki dan Razak membawa sejumlah wang yang setiap seorang sebanyak RM1,280.50 dan RM2,158.00. Wang Zali dan Rahim telah dibelanjakan sebanyak 45%. Wang Zaki dan Razak telah dibelanjakan sebanyak 35%. Berapakah jumlah keseluruhan baki wang mereka?
A) RM1,409.96
B) RM2,731.06
C) RM2,868.78
D) RM4,317.75

=> 1280.2 + 1354.3 = 2634.50
=> 2634.5 X 45% = 1185.52
=> 2634.5 - 1185.52 = 1448.98
=> 2255.5 + 2158 = 4413.50
=> 4413.5 X 35% = 1544.73
=> 4413.5 - 1544.73 = 2868.77
=> 2868.77 + 1448.98 = 4317.75


17. Terdapat 85 biji belon yang sama saiz berisi air mempunyai jumlah berat purata sebiji 1.45kg. Selepas beberapa ketika 1/5 biji belon tersebut telah pecah. Berapakah jumlah berat belon berisi air yang belum pecah?
A) 24.6kg
B) 98.6kg
C) 100.1kg
D) 101.5kg

=> 85 X 1.45kg = 123.25
=> 1/5 x 123.25 = 24.65
=> 123.25 - 24.65 = 98.6


18. Sebuah karung mengandungi 574 biji gula-gula. Zali menyimpan 4/7 bahagian. Gula-gula yang selebihnya diagihkan sama banyak kepada 3 orang kawannya. Berapakah bilangan gula-gula yang diperolehi setiap seorang kawannya?
A) 82
B) 109
C) 246
D) 328

=> 4/7 x 574 = 328
=> 574 - 328 = 246
=> 246/3 = 82


19. Terdapat 669biji mangga di dalam sebuah kotak. 43% dijual dan 18% dibuat jeruk. Berapakah bakinya?
A) 261
B) 268
C) 335
D) 408

=> 43 + 18 = 61%
=> 669 X 61% = 408
=> 669 - 408 = 261

20. 18 buah bekas mengandungi campuran guli hitam, putih dan kuning yang berjumlah 95 biji bagi setiap bekas. 40% daripada jumlah keseluruhan guli tersebut berwarna kuning dan 30% berwarna hijau. Berapakah bilangan guli berwarna putih?
A) 513
B) 684
C) 855
D) 1,197

=> 18 X 95 = 1710
=> 1710 X 70% = 1197
=> 1710 - 1197 = 513

Jika terdapat kesalahan ejaan soalan atau salah dalam pengiraan,anda boleh komen di ruangan bawah yang disediakan. Semoga ada lulus dalam menghadapi Exam SPA.

Baca Juga : Koleksi Soalan Sebenar Exam SPA Pelbagai Jawatan (Download Free)




Post a Comment

Previous Post Next Post