Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca-pembaca sekalian. Disebabkan kesukaran anda untuk study exam online, saya dengan senang hati menaip semula kesemua soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda dalam menghadapi Peperiksaan Exam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. 


Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 Berserta Jawapan 2020
Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 Berserta Jawapan 2020

Di sini saya nak maklumkan bahawa kesemua jawapan yang disediakan dalam artikel ini dikreditkan kepada meymey. Bukan jawapan dari saya mahupun admin lain. Saya hanya membantu menyusun semula soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda. Ini adalah sebagai rujukan anda. Soalan-soalan ini adalah soalan sebenar dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 Berserta Jawapan 2020


Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Bagi Jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 



1) Terdapat 5 kotak berisi buah-buahan dengan bilangan sama banyak dan jumlah keseluruhan buah-buahan tersebut ialah 570 biji. Kemudian 2/5 daripada jumlah 3 kotak buah-buahan diberikan kepada sekumpulan pelajar. Berapakah semua buah-buahan yang masih berbaki?
A) 205
B) 319
C) 365
D ) 433

=> 570/5 = 114
=> 114 x 3 = 342
=> 2/5 x 342 = 136.8
=> 570 - 342 = 433.2 @ 433


2) Sebuah bekas yang mengandungi 50 liter air telah mengalami kebocoran. Setelah tempoh 15 minit, air di dalam bekas itu berkurangan sebanyak 3%. Berdasarkan kadar ini, berapakah isi padu air yang masih ada di dalam bekas tersebut dalam tempoh 1 jam lagi?
A) 6.0 liter
B) 7.5 liter
C) 42.5 liter
D) 44.0 liter

=> 50 - 3% = 48.5
=> 60/15 = 4
=> 3% = 12%
=> 48.5 - 12% = 42.68 @ 42.5


3) Bakul P mengandungi 56 biji epal dan bakul Q mengandungi 60 biji limau. 5/8 daripada jumlah epal dan 1/4 daripada jumlah limau tersebut telah dijual. Berapakah jumlah buahbuahan di dalam bakul P dan Q yang tinggal?
A) 35
B) 50
C) 66
D) 94

=> 5/8 x 56 = 35
=> 1/4 x 60 = 15
=> 116 - 50 = 66


4) Perjalanan sebuah kereta dari bandar X ke bandar Y mengambil masa 3 jam 30 minit pada kelajuan purata 80km/j. Perjalanan diteruskan ke bandar Z dalam tempoh 30 minit lagi pada kelajuan purata 75km/j. Berapakah jarak yang dilaluinya dari bandar X ke bandar Z melalui Y?
A) 155.0km
B) 286.5km
C) 317.5km
D) 620.0km

=> 80 x 3.5 = 280
=> 75 x 0.5 = 37.5
=> 280 + 37.5 = 317.5



5) Amin menjual 45kg buah limau dengan harga RM14.50 bagi setiap sekilogram. Berapakah jumlah keuntungan jualan tersebut jika harga kos jualan adalah 65%?
A) RM218.90
B) RM228.40
C) RM406.60
D) RM424.10

=> 45 x 14.5 = 652.5
=> 652.5 x 65% = 424.125
=> 652.5 - 424.125 = 228.40



6) R(1,7) dan S(15,-3) adalah titik-titik yang terletak pada satu garis lurus. Apakah kecerunanan bagi garis RS?
A) - 715
B) 2/7
C) -5/7
D) 5/7

=> M = (Y2 - Y1/X2 - X1)
=> -3-7/15-1
=> -10/14

=> -5/7


7) 9 biji oren dipotong kepada 6 bahagian yang sama saiz setiap sebiji. Setiap potongan oren tersebut berjisim purata 25g. Berapakah anggaran jisim bagi 5/9 bahagian daripada kesemua oren tersebut?
A) 800g
B) 750g
C) 600g
D) 270g

=> 9 x 6 = 54
=> 5/9 x 54 = 30
=> 30 x 25g = 750g


8) Amin mempunyai wang RM233 kurang daripada Rahim. Sekiranya jumlah wang mereka adalah RM1145, berapakah jumlah wang Amin?
A) RM456
B) RM573
C) RM689
D) RM922

=> 1145 - 233 = 912
=> 912/2 = 456



9) 22% daripada pendapatan bulanan Amin adalah untuk bayaran sewa rumah dan 14% untuk ansuran kereta. Wang selebihnya dibahagikan kepada 5 bahagian dan 1 bahagian sahaja yang disimpan. Berapakah jumlah wang simpanan tersebut selama 3 bulan jika pendapatannya ialah RM5,350 sebulan?
A) RM385.20
B) RM684.80
C) RM1,926.00
D) RM2,054.40

=> 5350 x 36% = 1926
=> 5350 - 1926 = 3424
=> 3424/5 = 684.4

=> 684.4 x 3 = 2054.40


10 ) Perjalanan sebuah lori dari bandar Y ke bandar Z sepatutnya mengambil masa 5 jam 45 minit. Sewaktu dalam perjalanan lori tersebut telah berhenti rehat selama 20 minit. Jam berapakah lori itu akan tiba di bandar Z jika memulakan perjalanan dari bandar Y pada jam 0835?
A) 1335
B) 1340
C) 1440
D) 1445

=> 5 j 45 m + 20 m = 6 j 05 m
=> 0835 + 0605 = 1440


11 ) Diberi y berubah secara langsung dengan x dan y= 56 apabila x=8. Apakah nilai y apabila x = 16?
A) 64
B) 112
C) 128
D ) 256

=> Y = 56, X = 8
=> Apabila X = 16
=> So, 8 x 2 = 16
=> Y = 56 x 2 = 112


12 ) Botol Y dan Z mempunyai kapasiti 3.5 liter setiap satu serta masing-masing telah diisi dengan 1/4 dan 2/5 kandungan air. Berapakah jumlah air yang perlu ditambah lagi supaya setiap botol tersebut dipenuhi air?
A) 2.010 liter
B) 2.275 liter
C) 4.275 liter
D) 4.725 liter

=> Y = 1/4 x 3.5 = 0.875
=> 3.5 - 0.875 = 2.625
=> X = 2/5 x 3.5 = 1.4

=> 3.5 - 1.4 = 2.1
=> 2.625 + 2.1 = 4.725L


13 ) Sebuah bakul mengandungi 243 biji buahbuahan yang terdiri daripada epal, limau dan mangga. Jika sebiji buah di dalam bakul itu dipilih secara rawak, kebarangkalian buah epal dipilih ialah 2/9. Berapakah kebarangkalian sebiji mangga dipilih jika terdapat 108 biji buah limau di dalam bakul tersebut?
A) 4/9
B) 2/3
C) 1/9
D) 1/3

=> (Epal) 2/9 x 243 = 54
=> (Mangga & Limau) 7/9 x 243 = 189
=> 189 - 108 = 81

=>  81/243 = (1/3)


14 ) {208, 234, 260, P, 312, (P+Q), 364}. Apakah nilai Q?
A) 26
B) 52
C) 338
D) 624

=> 208 - 234 = 26
=> 234 - 260 = 26
=> 260 + 26 = 286
=> 286 - 312 = 26
=> 312 + 26 = 338
=> (P+Q) = 286 - 338 = 52


15 ) Sebuah buku mempunyai340 helai kertas buku termasuk kulit. Ketebalan buku termasuk kulit ialah 5.8cm dan tebal sehelai kulit buku tersebut ialah 0.25cm. Berapakah ketebalan(dalam cm) bagi sehelai kertas buku tersebut?
A) 1.5 x 10^-1
B) 1.6 x 10^-2
C) 1.7 x 10^-1
D) 1.7 x 10^-2

=> 340 - 2 = 338
=> 5.8 - 0.5 = 5.3
=> 5.3/338 = 0.0156
=> 0.0156 = 1.6 x 10^-2



16 ) Sebuah bongkah pyramid mempunyai ketinggian 36cm dan setiap satu sisi tapak bongkah tersebut berukuran 26cm. Berapakah isipadu (dalam cm3) bagi 7/9 bahagian bongkah tersebut? (Bundarkan jawapan kepada nombor bulat).
A) 6,309
B) 8,112
C) 12,168
D) 18,928

=> 1/3 x 26 x 26 x 36 = 8112
=> 7/9 x 8112 = 6309


17 ) {46, 52, 49, 48, 34, Z} adalah satu set data. Min data tersebut ialah 44.67. Apabila satu data Y dimasukkan ke dalam set data tersebut, min data baharu ialah 46.71. Apakah nilai Y+Z? (Bundarkan jawapan betul kepada nombor bulat terhampir).
A) 59
B) 91
C) 98
D) 102

=> 229/6 = 38.16 
=> 44.67 - 38.16 = 6.51
=> 6.51 x 6 = 39.06
=> 39.06 + 229 = 268.06
=> 268.06/7 = 38.29
=> 46.71 - 38.29 = 8.42
=> 8.42 x 7 = 58.95

=> 58.94 + 39.06 = 98


18 ) Amin mempunyai 250kg tepung. Dia menggunakan 25% daripada tepung itu untuk membuat kek. Tepung yang selebihnya itu dibahagikan sama banyak kepada lima bahagian dan akan dijual. Berapakah jisim (dalam gram) bagi setiap satu daripada 5 bahagian tersebut?
A) 1.25 x 10^2
B) 1.25 x 10^4
C) 3.75 x 10^2
D) 3.75 x 10^4

=> 250 - 25% = 187.5
=> 187.5/5 = 37.5kg
=> 37.5 x 1000 = 37500g
=> 37500 = 3.75 x 10^4



19 ) Jumlah harga 1kg epal dan 1kg limau ialah RM38.00. Beza harga bagi 3kg epal dan 1kg limau tersebut ialah RM26.00. Berapakah harga bagi 1kg limau itu?
A) 16
B) 22
C) 26
D) 32

=> 3(38-1L) = 1L + 26
=> 114 - 3L = 1L + 26 
=> 114 - 26 = 3L + 1L
=> 88 = 4L
=> 88/4 = 22


20 ) Amin membeli 750 keping kertas warna. 1/30 daripada jumlah kertas tersebut telah diconteng adiknya dan dibuang. Kertas yang elok dimasukkan ke dalam sampul surat dalam bilangan 30 helai kertas bagi setiap sampul. Berapakah baki kertas yang tinggal?
A) 1
B) 2
C) 5
D) 17

=> 1/30 x 750 = 25
=> 750 - 25 = 725
=> 725/30 = 24.16 (24 Satu Sampul)
=> 0.167 x 30 = 5 
=> @
=> 24 x 30 = 720
=> 725 - 720 = 5


Jika terdapat kesalahan ejaan soalan atau salah dalam pengiraan,anda boleh komen di ruangan bawah yang disediakan. Semoga ada lulus dalam menghadapi Exam SPA.


Post a Comment

Previous Post Next Post