Ramai peniaga yang berniaga  secara online sepenuh masa dan ramai juga yang secara part-time. Apapun, promosi sangat penting untuk memastikan perniagaan kita diketahui ramai. 

Waktu Terbaik Iklan Di Facebook
Waktu Terbaik Iklan Di Facebook
Credit Pic : SUMBER

Antara medium promosi dan pengiklanan yang terbaik adalah beriklan di facebook.
Berikut adalah perkongsian mengenai waktu yang terbaik untuk mempromosikan jualan anda di Facebook yang diambil dari group Malaysian Mom Biz Network.

Waktu Terbaik Iklan Di Facebook


Semoga mendapat manfaat dalam mengembangkan perniagaan kita.

Waktu Terbaik Promosi di Facebook

Kali ini, saya nak kongsi sikit tentang waktu-waktu sesuai untuk buat promosi di Facebook. Kenapa saya katakan ada waktu sesuai? Sebab first sekali, Facebook ni berunsurkan ‘Live Updating’. 

Contohnya, kalau kita buat promosi pada waktu 3 pagi, orang pulak buka facebook pada jam 9 pagi mungkin dah tak nampak post promosi anda sebab sudah ditenggelami post dan status update dari kawan-kawan dia yang lain dalam friendlist dia.

Jadi,bilakah waktu promosi yang sesuai?

Selepas subuh (6am – 7am) :

Waktu sebegini, bagus untuk mempromosikan branding anda. Sebab orang baru bangun dari tidur, baru celik mata, baru mandi, badan masih segar, minda masih fresh. Jadi post yang sesuai untuk bina branding? 

Bagilah tazkirah pagi, kata-kata motivasi, tips menceriakan hari, pastu letak ‘link website’ anda ke, link ‘fanpage ke’ dan sebagainya. Post promosi produk kesihatan pun bagus sebabnya orang baru bangun tidur, ada yang baru sarapan pagi dan ada dah pasang niat malam sebelumnya untuk kuruskan badan.


Selepas minum pagi (8am – 10am) :

Yang masuk kerja pagi, ada yang pegi minum kopi dulu, ada yang santai2 check smartphone dorang, (tak terfikir ke apasal ada yang update status mcm 24hrs di Facebook? Sebab dorang browse dari smartphone ler). Waktu ni memang sesuai untuk terus bina branding perniagaan anda. Kalau ada ‘testimoni’ dari pelanggan, boleh post sekali masa waktu ni.


Waktu makan tengah hari (12pm – 2pm)

Lunch time, apa lagi, facebook lah. Standard la tu. Tengah makan memang tak check. Tapi lepas makan? Ha, handphone keluar lagi, ada yang guna tablet, login facebook, update status, gambar ikan goreng la, sambal belacan la, kari ayam la, dan masa ni juga kalau kita mula nak MEMPROMOSIKAN produk kita adalah sangat sesuai. 

Perlu juga sertakan testimoni pembeli kalau ada. Gambar juga memainkan peranan yang penting. Jadi kalau ada gambar yang boleh terujakan lagi seseorang tu, post la ye.


Selepas minum petang (4pm – 6pm) :

Ni pulak, ada yang dah mula dalam mood shopping. Yang wanita, dah mula buka balik post-post yang menarik perhatian mereka masa WAKTU LUNCH tengahari tadi. Sama juga dengan lelaki. Tetapi, mereka masih belum nak beli. 

Yang nak membeli tu memang dah sedia ‘ready cash’ dalam akaun dan ada masa untuk buat internet banking dan sebagainya. Tapi lazimnya, seseorang tu akan memikirkan dulu tentang produk tu. 

Dia akan terlebih dahulu gambarkan produk tu dalam minda dia dalam perjalanan balik dari ofis. Jadi masa ni, boleh post promosi seperti “Terhad, hanya untuk 5 pelanggan pertama sahaja, harga sekian2. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi sekian-sekian”.


Selepas makan malam & Isyak (9pm – 12midnight) :

Inilah waktu HOT. Tapi jangan sampai buat promosi seperti tiada hari esok. Islam menggalakkan kita untuk menuju kearah kesederhanaan. Jadi buat promosi pun sederhana sahaja. Gunakan ayat-ayat soft selling untuk menarik perhatian. 

Gunakan ayat-ayat yang dapat memberikan impak emosi kepada bakal pembeli. Dan masa ni jugalah anda MESTI online jika  anda membuat sebarang promosi. Kerana kalau pembeli tu dah memang betul bersedia nak beli, tapi anda pulak tak online, dan ada tawaran lagi satu dari peniaga lain, mereka akan beli dari orang tu pula nanti.

So, simple tapi tak semudah itu nak mendapatkan jualan ya. Ini cuma pencerahan sahaja. Panduan. Boleh cuba kalau nak, kalau tak nak pun takpe. Hehe. 

Dan ini adalah hasil dari pengalaman buat promosi di Facebook secara percuma. Respons yang kita dapat dari pembeli dan trend membeli secara online pada waktu apa.

SUMBER

Baca Juga : Boleh Ke Mandi Waktu Malam Sebelum Tidur?

Post a Comment

Previous Post Next Post