Orang perempuan boleh tahu tanda-tanda lelaki tidak sukakannya. Biasanya, ia bermula bila nampak si lelaki itu mula semakin tidak serius dalam perhubungan. Tambahan lagi, kejujurannya semakin pula diragui.

Tanda-Tanda Lelaki Tidak Suka Kita
Tanda-Tanda Lelaki Tidak Suka Kita
Credit Pic : SUMBER

Kenapa lelaki suka abaikan, dan ignore orang perempuan? Pelik bin ajaib. Masa belum dapat, bukan main ambik perhatian 24 jam, mesej pun tak berhenti. Tanya itu, tanya ini. Bila dah dapat, lain pula ceritanya. Langsung tak serius dalam perhubungan.

Tanda-Tanda Lelaki Tidak Suka Kita


Menurut Brightside, salah satu tanda dia tidak meyayangi anda lagi. Dia akan mulakan mesej kita, tapi tergantung begitu sahaja. Nampak macam pula anda yang terhegeh-hegeh kat dia.

Begitu juga sebelum kahwin, bukan main romantik lagi. Lepas kahwin, terus romantik hilang macam itu sahaja. Bukan sahaja buat tak tahu, malah ada yang mendiamkan diri terus.

Jom kita kupaskan perkara ini, apakah antara tanda lelaki tak suka kita, hingga buat tak tahu pada orang perempuan.

1. Sudah tak jadi sweet talker

Memang ada yang jenis begini. Dia punya cakap, memang manis. Hati rasa berbunga-bunga.  Tapi itu dulu. Sekarang tidak lagi. Dah lain. Jangan terpedaya dengan orang lelaki macam ini. Dia sebenarnya tak ada apa-apa perasaan pun. Cuma si perempuan akan rasa diri mereka terbuai-buati dengan layanan manja dan ayat manis si lelaki. Biasanya, lelaki begini ialah suami orang.


2. Mula abaikan kita

Apa lagi mahu, bukankah sudah dapat? Analoginya begini. Nak tangkap ikan kena guna umpan. Bila sudah dapat ikan, takkan mahu guna umpan lagi? Kalau dalam permainan, ia sudah tamat. Apa yang dia kejar dari dahulu, kini sudah ada depan mata. Apa yang dia susah payah masa dulu, sudah dalam genggaman.


3. Dia selalu rasa bosan

Kalau jadi begini, anda kena buat dia rasa diri dia lebih special. Baru dia mahu mencari-cari sesuatu yang menarik dalam diri anda. Cari hobi yang sama yang anda dan dia suka. Masing-masing rendahkan ego, cubalah join apa yang si lelaki itu suka buat pada waktu lapang dia. Cuma kalau apa yang dia suka itu maksiat, tak perlu anda ikut, lari jauh-jauh. Itu syaitan namanya.


4. Lelaki itu kata expectation perempuan tinggi sangat

Bila minta itu ini, bila mula kawal hidup dia, itu tak kena, ini tak kena – dia mungkin rasa penat dan tawar hati. Sebagai perempuan, anda kena perlahan-lahan. Tak boleh terlalu mendadak. Nanti dia rasa macam terancam. Ya, macam haiwan-haiwan yang terancam mahu pupus dek kerakusan manusia.


5. Tak ada challenge

Macam main permainan juga. Bila sudah sampai tahap level paling tertinggi iaitu lawan ketua, macam dah rasa tak best nak main lagi. Si lelaki pun mula tercari-cari sesuatu yang dia boleh buktikan pada si perempuan. Anda buat-buatlah merajuk. Untung nasib dia pujuk. Nasib tak baik, kena tinggal. Hahahahha.


6. Dia lebih pentingkan kawan-kawan

Bila kawan Whatsapp, laju saja dia reply. Bila pasangan hantar mesej, bukan main lama mahu dapat reply. Kekadang hanya bluetick sahaja dapat. Kenapa lelaki ego? Adakah kerana dia mahu tunjuk yang dia berkuasa di depan kawan-kawan dia? Cubalah tanya. Kalau tak tanya, silap-silap lagi meningkat tahap ego dia.


7. Dia malas melayan

Lelaki ada lagi banyak perkara yang dia perlu fikirkan. Ingat dia ada masa tu ja nak melayan si perempuan setiap saat dan masa. Maka mulalah si perempuan pun bermonolog; “Tapi kenapa dulu dia boleh ja mesej hari-hari? Kenapa sekarang dah lain” Misteri bukan?


8. Buat-buat sibuk dengan kerja

Mungkin masa sebelum dapat, dia sanggup pinggirkan kerja untuk si perempuan. Bila sudah dapat, dia ingin qadha’ semula minat dia pada kerja. Mungkinlah kot. Tengah bersangka baik. Mungkin juga tidak. Mungkin dia sengaja mahu mendiamkan diri.

Fikir positif. Kalau itu suami, sangka baik yang dia sibuk di tempat kerja kerana mahu tambah pendapatan untuk sara keluarga. Kalau dia cuma hanyalah teman lelaki, sangka baik yang dia sibuk kerana nak cari duit untuk halalkan anda.


9. Lebih pentingkan main game

Main game PUBG-lah, Mobile Legend-lah dan macam-macam lagi. Katanya sibuk, tapi hati dan perasaan dia pada game.

Nampak macam tidak logik. Sedangkan suami isteri pun ada yang bercerai-berai kerana permainan di telefon bimbit, apatah lagi yang baru-baru kenal.

Akhir kalam


Kalau lelaki tak minat kita, nak buat macam mana? Hati dan perasaan nih bukannya boleh dipaksa-paksa.

Jika sikap lelaki itu berterusan dan kita pun mula makan hati, solat istikharah dan mohon petunjuk dari Allah.

Penawarnya di sini ialah komunikasi. Jika dua-dua pihak jujur dan saling bertolak ansur, nescaya aman damai perhubungan menuju rumahtangga bahagia.



Post a Comment

Previous Post Next Post