Dalam pembelian hartanah jenis subsale, kita biasanya perlu sediakan sebanyak 15% daripada harga rumah. Downpayment dah 10%, lagi 5% adalah untuk kos guaman, duti setem, valuation dan macam-macam lagi.

Mengapa Peguam Suka Caj Mahal Dalam Urusan Jual Beli Hartanah?
Mengapa Peguam Suka Caj Mahal Dalam Urusan Jual Beli Hartanah?
Credit Pic : SUMBER

Jom kita dengarkan perkongsian Tuan Syakir Zainol, seorang perunding hartanah berdaftar mengenai isu peguam suka caj ‘mahal’ ini. Semalam saya uruskan penjualan sebuah rumah berharga lebih kurang RM700 ribu.

Mengapa Peguam Suka Caj Mahal Dalam Urusan Jual Beli Hartanah?


Pembeli bersetuju untuk beli rumah tersebut dan kami berbincang berkenaan struktur pembayaran yang diperlukan untuk transaksi pindahmilik rumah tersebut.

Berikut adalah perbualan ringkas berkenaan dengan kos guaman yang diperlukan:

Pembeli: “Berapa kos lawyer saya Encik Syakir?”

Saya: “Anggaran kos guaman tuan sahaja untuk urusan pindahmilik rumah ini adalah berjumlah RM22k.”

Pembeli: “Mahalnya caj guaman, tak boleh kurangkan lagi ke?.”

Saya: “Sebenarnya yuran guaman hanya lebih kurang enam ribu lebih saja tuan. Duti setem saja pun sudah melebihi RM13k, selebihnya pula adalah bayaran-bayaran lain kepada pihak-pihak lain seperti pejabat tanah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).”

Pembeli: “Penguam ni caj mahal sangat la, padahal buat perjanjian copy paste saja kut. Kalau saya buat nih 10 minit ja boleh siap.

Ini satu salah tanggapan masyarakat setiap kali sebut sahaja tentang caj guaman peguam: kerja peguam senang, siapkan surat perjanjian yang boleh diulang pakai dan kenakan bayaran tinggi kepada klien. Penjualan rumah bukan selesai setakat sediakan perjanjian jual-beli sahaja.

Untuk memahami bagaimana seorang peguam mengenakan caj selayaknya kepada klien mereka dalam urusan pindahmilik rumah, kita harus kenalpasti jenis-jenis urusan, keperluan serta tempoh masa yang diperlukan oleh peguam untuk sempurnakan urusan satu-satu pindahmilik.

Peguam perlu berurusan dengan berbilang pihak selain daripada penjual & pembeli termasuklah pejabat tanah, bank, LHDN, mahkamah, majlis perbandaran, pihak-pihak berkuasa tempatan dan banyak lagi. Urusan-urusan ini memakan masa yang panjang dan melibatkan kerja-kerja dokumentasi yang rumit serta urusan-urusan kaunter yang kerap. Jadi kita bayar masa serta penat-lelah yang ditanggung oleh seorang peguam.

Sebagai pihak yang menguruskan transaksi pindahmilik hartanah, peguam juga perlu menguasai undang-undang yang terlibat termasuklah Kanun Tanah Negara, Akta Kontrak, Akta Setem dan beberapa akta lain.

Selaku pihak yang dilantik atas kapasiti profesional untuk menguruskan urusan-urusan yang melibatkan kelayakan dalam kerja-kerja perundangan maka selayaknya seorang peguam mengenakan caj yang setimpal dengan kelayakan, pengetahuan dan pengalaman beliau. Senang hidup kita, tak perlu bertungkus-lumus untuk belajar undang-undang hanya kerana mahu beli sebuah rumah.

Begitu juga satu-satu urusan pindahmilik hartanah pasti melibatkan prosedur-prosedur yang rumit serta berbeza-beza sesuai dengan kemahuan setiap pihak yang mereka sedang berurusan. Sebagai contoh, setiap bank akan memiliki prosedur yang berbeza, begitu juga setiap pejabat tanah turut memiliki SOP mereka tersendiri. Jadi lebih senang sekiranya kita bayar penat-lelah seorang peguam yang terpaksa berhadapan dengan karenah-karenah birokrasi supaya kita sendiri tidak perlu bersusah-payah mengendalikannya.

Mungkin ramai di antara kita yang tidak sedar tetapi tahukah kita yang seorang peguam berhadapan dengan liabiliti terhadap setiap kes yang mereka kendalikan? Risiko yang mereka ambil menguruskan urusan yang melibatkan urusan undang-undang perlu dibayar dengan nilai yang setimpal.

Tanya diri kita, beranikah kita berhadapan dengan risiko liabiliti perundangan sekiranya hanya dibayar dengan bayaran kecil yang nilainya ibarat “sisa yang terselit di celahan gigi”?

Bayangkan kesukaran-kesukaran yang perlu dilalui oleh seorang peguam yang terpaksa melalui semua perkara yang saya sebut di atas ini untuk satu jangka masa panjang selama lebih-kurang 6 bulan hingga satu tahun (adakalanya memakan masa bertahun-tahun untuk kes-kes yang rumit).

Jadi adalah tidak wajar sekiranya kita mempersoalkan bayaran yang selayaknya diterima oleh mereka. Apatah lagi caj yang mereka kenakan itu pula adalah sangat berpatutan dan berpadanan pula dengan skala yang telah ditetapkan oleh kerajaan berdasarkan nilai hartanah yang diseliakan oleh mereka.

Itu belum lagi kita congak kos-kos logisitik yang perlu dikeluarkan oleh peguam seperti pengangkutan dan sebagainya. Perlu kepada duit, duit dan duit. Adakah anda rasa peguam masih caj mahal? Fikirkan semula.

SUMBER

Baca Juga : Kenapa Cap Jari Semua Orang Tidak Sama?

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post