Majoriti orang Malaysia ni memang suka kereta yang jenis sedan, dan antara sebabnya ialah ciri praktikaliti ditawarkan menerusi ruang kabin dan but yang agak luas. Sesuai dengan citarasa orang Malaysia yang suka bercuti dan berkereta bersama famili.

Kenapa Orang Malaysia Meminati Honda City?
Kenapa Orang Malaysia Meminati Honda City?
Credit Pic : SUMBER

Dengan tempoh pemilikan kereta yang lama (lebih 10 tahun) dalam kalangan pembeli negara ini, sedan dianggap pilihan terbaik kerana boleh dijadikan kereta peribadi dan keluarga pada masa sama.

Kenapa Orang Malaysia Meminati Honda City?


Misalnya Honda City yang menjadi kegilaan antara model sedan popular pilihan ramai. Selain praktikaliti ditawarkan, tapi kenapa orang Malaysia sukakan City?


1. REKABENTUK MODEN DAN TRENDY

Ini adalah antara kriteria utama mengapa rakyat Malaysia memilih Honda City kerana jenama ini bukan saja menawarkan rekabentuk moden, malah ianya juga menepati cita rasa majoriri pembeli Malaysia yang gemarkan gaya kereta boxy atau bersegi. Rekabentuk model-model City juga mampu bertahan lama di pasaran.

Antara sebab lain City menjadi pilihan ialah tempoh pinjaman kenderaan yang lama membuatkan mereka mencari kereta dengan rekabentuk yang tidak mudah ketinggalan zaman. Evergreen katanya. Dan City juga dikatakan menawarkan apa yang dimahukan pembeli Malaysia.

Rekabentuk City juga mengambil pendekatan sederhana yang menepati cita rasa semua lapisan pembeli Malaysia tanpa mengira usia dan status. Tidaklah terlalu hairan dan sporty hingga membuatkan pembeli matang dan berusia tidak mahu memilikinya, dan pada masa sama tidak pula terlalu nampak seperti kereta 'uncle'.


2. SPESIFIKASI TERKINI

Honda boleh dikatakan antara pengeluar bukan nasional kategori massa yang paling ke hadapan dalam menyediakan spesifikasi terkini untuk setiap produk ditawarkan.

Selain Honda City 1.5L petrol, Honda juga telah menawarkan varian yang menarik iaitu City Hybrid . Ia adalah satu-satunya sedan berteknologi hybrid yang mana harganya dibawah RM100,000. Selain penjimatan petrol, Honda City Hybrid juga telah membuktikan dengan memberikan pemanduan ala sport, di mana enjin 1.5L iVTEC nya, dapat meledakkan kuasa yang sama dengan kenderaan berenjin 1.8L biasa. Luar biasa bukan?

Ini membuatkan pembeli tidak ragu-ragu mahu memiliki produk Honda kerana mereka tahu kereta yang akan dimiliki mereka ini bukan versi ketinggalan zaman, tetapi lebih kepada up-to-date. Sama juga dengan apa yang dimiliki oleh pengguna di rantau lain seperti pemilik Eropah, Amerika dan negara Asia lain.


3. JIMAT MINYAK, CEKAP BAHAN API


Jarang sekali kita dengar pemilik City mengeluh kereta mereka kuat telan minyak, dan model kompak Honda memang terkenal dengan penjimatan bahan api ditawarkan. Ini secara tidak langsung memberikan nilai penjimatan kepada pembeli City bagi setiap wang yang dibelanjakan.

Iyalah, urusan beli kereta ini  bukanlah seminggu dua, tetapi bertahun-tahun lamanya dan City ialah produk yang berbaloi untuk dimiliki.


4. PRAKTIKALITI TERBAIK SEISI KELUARGA

Model City menawarkan praktikaliti terbaik buat pemiliknya dan ini memang sangat dimahukan oleh rata-rata pembeli kereta di Malaysia, terutama kalangan mereka yang sudah berkeluarga.

Setiap keluarga kecil atau sederhana besar mesti berpuas hati dengan ruangan kabin dan kargo seluas 536 liter ditawarkan City. Ditambah pula penyaman udara untuk penumpang belakang, perjalanan seisi keluarga semestinya lebih selesa dan nyaman.


5. KUASA DAN PRESTASI

Prestasi ditawarkan kereta City sudah cukup memuaskan hati pemiliknya. City mampu dipandu hampir ke mana saja destinasi dituju dengan mudah dan bersahaja walaupun ruang kabin penuh dengan penumpang dan muatan barang. Kuasa dibekalkan, 120ps dan tork 145Nm sentiasa mencukupi, malah antara yang terbaik dalam kelas khususnya..


6. SERVIS, DAN WARANTI TERBAIK

 Servis terbaik menjadi antara sebab ramai pemilik Honda baharu dan lama memilih untuk kekal dengan Honda. Inilah rahsia utama kenapa Honda menjadi pilihan pembeli di Malaysia.

Semua kenderan baharu daripada Honda Malaysia sendiri, dilengkapi dengan waranti 5 tahun, tanpa had perbatuan sehingga 6 kali caj buruh percuma.

Honda Malaysia menawarkan Skim Insurans Plus Honda (HiP) beserta Perlindungan Menyeluruh 24 Jam, merangkumi aspek Penyelamatan, Perlindungan dan Penjimatan seperti perkhidmatan tunda dan bantuan jalanan 24 jam, 100 peratus ganti rugi akibat pada kecurian yang berlaku dan kemalangan rosak penuh (total-lost), dan lain-lain.


Perkhidmatan di Pusat Servis juga tidak pernah mengecewakan dengan ruang menunggu selesa, masa servis mengikut masa dan berjadual, dan kualiti servis terbaik dengan bantuan profesional.

Paling penting, Honda ialah jenama pertama yang ramai awek di  luar sana akan usha,  apatah lagi City. Maklumlah, Honda katakan. The Power Of Dreams.

SUMBER

Baca Juga : Kenapa Cap Jari Semua Orang Tidak Sama?

Post a Comment

Previous Post Next Post