Permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat di semua Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Center – UTC) bermula 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020 (tertakluk kepada pindaan).

Rayuan BSH Fasa 3 2020 Online
Rayuan BSH Fasa 3 2020 Online

Permohonan Rayuan BSH 2020 secara dalam talian boleh dibuat mulai 7 Ogos 2020 hanya bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja.

Pemohon tidak perlu  membuat Permohonan Baharu atau Mengemaskini BSH 2020 sekiranya :

1. Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan

2. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah seperti berikut :

  • Elaun Pekerja Cacat
  • Bantuan Penjagaan OKU
  • Bantuan OKU tidak berupaya bekerja
  • Bantuan Orang Tua


Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu atau Mengemaskini BSH 2020 sekiranya :

1. Pemohon yang belum pernah membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau

2. Permohonan Bantuan Sara Hidup 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan Bantuan Sara Hidup 2020; atau

3. Permohonan OKU yang tidak disenaraikan sebagai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan menepati syarat kelayakan BSH 2020

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020


Skim Khairat Kematian BSH 2020

Tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020 layak dituntut oleh waris bagi pemohon (layak menerima Fasa Pertama BSH 2020) yang meninggal dunia pada 1 Januari 2020 hingga 31 Januari 2020.

Tuntutan Skim Khairat Kematian ini boleh dibuat pada 1 Februari 2020 di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Sekiranya pemohon BSH 2020 meninggal dunia pada 1 Februari 2020, tuntutan SKK 2020 hanya boleh dibuat selepas permohonan BSH 2020 selesai diproses.

Pembayaran Fasa 3 Bantuan Sara Hidup 2020 adalah pada 24 Julai 2020 secara pengkreditan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan. Jika tiada akaun bank, pembayaran boleh dituntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat anda sehingga 31 Disember 2020.

RAYUAN ONLINE BSH

Baca Juga : Cara Tebus E-Wallet MySejahtera RM50 2020

Post a Comment

Previous Post Next Post