Lelaki ni kekadang pelik juga, dengan sikap yang tak gemar meluah apa yang dia rasa dan fikir sehingga membuatkan perempuan nih selalu tertanya-tanya. Tidak hairan lah menagapa perempuan menjadi overthinking dan confuse.

Tanda-Tanda Tersembunyi Lelaki Meminati Anda Dalam Diam
Tanda-Tanda Tersembunyi Lelaki Meminati Anda Dalam Diam
Credit Pic : SUMBER

Dari sudut sikap lelaki itu sendiri kekadang nampak tanda-tanda macam sukakan kita, padahal belum tentu juga dia suka kerana manusia itu pada dasarnya berbuat baik dengan orang lain.

Tanda-Tanda Tersembunyi Lelaki Meminati Anda Dalam Diam


Jadi daripada sibuk fikir sendiri dengan berbagai persoalan yang mungkin tak terjawab dalam hati, jom kita baca tanda-tanda sama ada lelaki yang rapat itu sebenarnya suka dengan anda atau tidak.

Cara Dia Bersembang Banyak Buat Diri Anda Tersenyum dan Ketawa, Walaupun Kekadang Anda Ada Juga Rasa Menyampah

Gurauan lelaki dan perempuan ni banyak beza dia. Tidak hairanlah kalau perempuan ni mudah terasa hati dengan cara lelaki bercakap. Bagi lelaki perkara seperti itu hanya untuk hiburan yang tidak ada niat untuk buat sesiapa terasa.

Kalau dia selalu beri perhatian terhadap anda, berusaha untuk buat anda tersenyum, ketawa atau terasa annoying, sebenarnya dia mahu anda beri perhatian kepada dia. Walaupun kekadang pasti ada rasa ameluat dengan perbuatan dia, sebenarnya dia tengah seronok dengan moment itu.


Hal Kecil Kuman Pun Dia Sanggup Lakukan Apa Saja Untuk Anda

Lelaki ini suka jadi hero untuk gadis idamannya. Yang penting dia boleh selalu lakukan sesuatu untuk si pujaan hati walaupun untuk perkara kecil sekalipun.

Niat dia sebenarnya untuk bantu dengan hal yang lebih besar tapi perkara seperti itu amat sulit sekali jika masih belum rapat dengan anda. Jadi situasi yang lebih mudah untuk dia bantu hanyalah dengan perkara yang lebih kecil. Contohnya pinjamkan cable untuk cas telefon untuk anda, bagi tisu, pinjamkan pen ata peralatan pejabat untuk diguna sementara, belikan anda makanan di gerai. Macam-macam lagi contoh benda kecil yang dilakukan tapi sebenarnya bermakna perkara kecil tersebut bagi lelaki.

Cuti Hujung Minggu Atau Cuti Am Si Dia Sering Persoalkan Apa Nak Anda Selalu Buat 

Ya, pertanyaan yang ini entah kali ke berapa pertanyaan lelaki ni tak pernah mereka akan bosan untuk bertanya. Kerana terlalu suka dengan anda, dia selalu ingin tahu apa kegiatan aktiviti harian dan apa yang selalu anda suka buat pada waktu lapang. Jika ada keserasian dia akan mesra dengan itu. Tapi jika ada perbezaan, dia akan persiapkan diri untuk biasakan dengan cara hidup anda.

Mudah Rapat Dengan Kawan-kawan Anda

Jangan terkejut pula kalau nanti dia bawa jumpa untuk kenal dengan kawan-kawan lain. Secara tiba-tiba sahaja dia nampak macam rapat padahal baru pertama kali jumpa. Dengan cara ini saja dia akan lebih rasa mesra dan rapat serta mengenal anda dengan lebih jauh lagi.

Menghabiskan waktu bersama rakan anda yang lain memberikan banyak informasi baru buat dirinya mengetahui tentang diri anda. Ada perkara yang susah untuk si dia ditanya secara bersemuka, jadi dia akan gunakan perantaraan seperti ini untuk lebih mendekat dengan anda.

Jangan Janggal Dengan Panggilan Unik Dia Berikan Untuk Anda

Lelaki ini memang suka bergurau. Selain cerita-ceritanya yang kelakar kadang ada yang rasa annoying, dia juga akan berikan kepada anda panggilan unik khas buat anda mengikut situasi. Bukan satu nih sahaja, tapi akan ada banyak panggilan unik yang akan dia berikan kepada anda. Tapi panggilan tersebut yang dia betul-betul sudah rasa selesa dengan anda la.

Luangkan Masa Dengan Kawan Dia

Anda juga boleh mencuba untuk menguji dia sama ada betul atau tidak suka dengan cara sesekali luangkan masa dengan kawannya. Sama ada dengan cara perjumpaan atau chatting di whatsap yang penting biar dia tahu perbuatan itu wujud.

Tak perlu rasa janggal dengan perbuatan itu daripada terus sibuk tertanya-tanya sama ada betul atau tidak dia suka, lebih baik terus menguji. Namun jika dia berikan respon yang negatif, itu satu tanda positif dan negatif. Positifnya betul dia sukakan anda, negatifnya semoga anda mampu memujuk hati anda sendiri. ;p

Tidak Segan Menhantar Anda Pulang Ke Rumah Atau Sekadar Teman Menunggu Public Transport

Bagi lelaki, teruk perbuatan tak tolong hantar balik rumah selepas seharian luangkan masa. Paling tidakpun dia akan teman anda jika anda menaiki pengangkutan awam.

Dia juga akan meminta anda untuk memaklumkan kepadanya jika sudah sampai ke rumah dengan selamat. Itu salah satu caranya untuk tunjukkan tanggungjawab dia kepada gadis pilihan hatinya.

Bila Anda Perlukan Bantuan Kecemasan Atau Segera, Dia Akan Berhenti Sebentar Aktiviti Yang Dia Sedang Lakukan

Sesibuk manapun dirinya, jika anda yang perlukan bantuan, secara automatik dia akan luangkan sedikit masa untuk membantu anda. Baginya kesempatan itu tak boleh disia-siakan begitu saja kerana akan timbul penyesalan jika tidak dimanfaatkan.

Walaupun anda tidak meminta, jika dia lihat anda seperti perlukan bantuan dia akan segera tolong juga.

Banyak Perubahan Yang Terjadi Padanya

Hal ini sebenarnya siapa pun akan buat. Demi kebaikan bersama pelbagai perubahan akan dia akan lakukan dalam diri. Tidak semestinya dari segi luaran, termasuklah dalaman juga.

Sebagai contoh dia lebih bersemangat untuk kerja lebih masa demi mencari rezeki hidup bersama anda.

Dia Akan Menjauhkan Diri Bila Rasa Ragu Anda Terhadap Penerimaan Dirinya

Walaupun terdapat tanda-tanda yang nampak sebenarnya dia sukakan anda, jangan terkejut tiba-tiba dia menghilangkan diri. Lelaki juga manusia biasa yang rasa kekok dengan kebolehan dirinya.

Ada masa dia akan rasa risau atau ragu. Jika ada respon yang tidak baik dia nampak dari anda, kerana itu dia akan rasa tidak tenang sehingga menjauhkan diri buat sementara. Ambillah juga masa untuk lebih mengenali dirinya supaya dia rasa kembali bahawa anda juga ada perasaan terhadapnya.



Post a Comment

Previous Post Next Post