Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pembantu Pertahanan Awam KP19 Berserta Jawapan 2020 |
Di sini saya nak maklumkan bahawa kesemua jawapan yang disediakan dalam artikel ini dikreditkan kepada meymey. Bukan jawapan dari saya mahupun admin lain. Saya hanya membantu menyusun semula soalan-soalan dan jawapan bagi memudahkan urusan anda. Ini adalah sebagai rujukan anda. Soalan-soalan ini adalah soalan sebenar dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pembantu Pertahanan Awam KP19 Berserta Jawapan 2020
Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Bagi Jawatan Pembantu Pertahanan Awam KP19
1 ) Rizal menjual jambu dengan harga RM 8.00 bagi setiap 10 biji. Berapakah bilangan jambu
yang telah dijualnya apabila dia mendapat hasil jualan sebanyak RM 2,400?
A ) 240
B ) 300
C ) 1,920
D ) 3,000
=> 8.00/10 = 0.8
=> 2400/0.8 = 3000
=> 2400/0.8 = 3000
2 ) Rahim mempunyai 170 biji buah epal. Beliau memberikan 2/5 daripadanya kepada rakan
beliau. 1/2 daripada bakinya pula dijual. Berapakah baki buah epal yang tinggal?
A ) 26 biji
B ) 34 biji
C ) 51 biji
D ) 103 biji
=> 2/5 x 170 = 68
=> 170 - 68 = 102
=> 1/2 x 102 = 51
=> 102 - 51 = 51
3 ) Terdapat 3,342 orang pengunjung dewasa ke panggung wayang Q dalam bulan Januari
2020. Bilangan pengunjung kanak-kanak dan remaja pula lebih 2,323 orang daripada
pengunjung dewasa. Berapakah jumlah keseluruhan pengunjung ke panggung wayang Q
pada bulan itu?
A ) 5,665 orang
B ) 6,684 orang
C ) 7,988 orang
D ) 9,007 orang
=> 3342 + 2323 = 5665
=> 3342 + 5665 = 9007
4 ) Pintasan garis pada paksi x bagi garis lurus x + 3y + 3 = 0 ialah
A ) -3
B ) -2
C ) 2
D ) 3
=> x + 3y + 3 = 0
=> x + 3(0) + 3 = 0
=> x + 3 = 0
=> x = -3
=> x + 3(0) + 3 = 0
=> x + 3 = 0
=> x = -3
5 ) Setiap bulan, Encik Razman membelanjakan 5% daripada gaji bulanannya untuk
membayar bil utiliti berjumlah RM 275. Berapakah gaji bulanan beliau?
A ) RM 5,100
B ) RM 5,450
C ) RM 5,500
D ) RM 5,750
=> 275/5 x 100 = 5500
6 ) 18 jam 45 minit + 6 jam 55 minit =
A ) 1 hari 2 jam 20 minit
B ) 1 hari 1 jam 40 minit
C ) 2 hari 2 jam 20 minit
D ) 2 hari 1 jam 10 minit
=> Guna Aplikasi Time Calculator
7 ) Harga sebuah televisyen ialah RM 1,200. Razman dapat membeli televisyen tersebut
dengan diskaun harga 15%. Kemudian dia membayar pendahuluan sebanyak 30%.
Berapakah wang perlu ditambah lagi untuk melunaskan bayaran pembelian televisyen
tersebut?
A ) RM 660
B ) RM 714
C ) RM 840
D ) RM 1,020
=> 1200 x 15% = 180
=> 1200 - 180 = 1020
=> 1200 - 180 = 1020
=> 1020 x 30% = 306
=> 1020 - 306 = 714
8 ) Bundarkan 77,850 kepada tiga angka bererti.
A ) 77,700
B ) 77,900
C ) 78,800
D ) 78,900
9 ) Ukur keliling laman rumah Razman ialah 0.2625 km. Beliau ingin meletakkan pasu bunga
di sekeliling laman rumahnya dengan jarak 1.5 m di antara setiap pasu. Berapakah bilangan
pasu bunga yang beliau perlukan?
A ) 155
B ) 175
C ) 200
D ) 215
=> 0.2625km x 1000 = 262.5m
=> 262.5/1.5 = 175
10 ) Suhu sesuatu cecair meningkat dari 15℃ kepada 30℃ apabila dipanaskan dalam
tempoh 5 minit. Cari purata perubahan suhu cecair tersebut dalam tempoh masa seminit,
dalam unit ℃.
A ) 1
B ) 3
C ) 5
D ) 15
=> 30 - 15 = 15
=> 15/5m = 3
11 ) Nisbah jisim buah epal kepada buah jambu yang dijual di kedai Rahim ialah 3:7.
Berapakah jumlah jisim kedua-dua jenis buah tersebut apabila didapati jisim buah epal yang
dijual ialah 75 kg?
A ) 150 kg
B ) 200 kg
C ) 250 kg
D ) 275 kg
=> Epal : Jambu ( 3 : 7 )
=> 75/3 = 25
=> 25 x 7 = 175
=> 175 + 75 = 250
=> 175 + 75 = 250
12 ) Rahim memandu sejauh 270 km dengan purata kelajuan 90 km/j. Kemudian beliau
berhenti rehat selama 25 minit dan meneruskan perjalanan sejauh 160 km lagi dengan
purata kelajuan 80 km/j sehingga sampai ke destinasinya. Berapakah tempoh masa yang
diambil dari mula perjalanan hingga sampai ke destinasi tersebut?
A ) 4 jam 20 minit
B ) 4 jam 25 minit
C ) 5 jam 20 minit
D ) 5 jam 25 minit
=> Masa = J/L
=> 270/90 = 3 Jam
=> 160/80 = 2 Jam
=> 3j + 25m + 2j = 5 Jam 25 minit
13 ) 20P + 200 = 800. Berapakah nilai P?
A ) 20
B ) 30
C ) 40
D ) 60
=> 800 - 200 = 600
=> 600/20 = P
=> P = 30
14 ) Terdapat 120 orang pelajar di dalam sebuah kelas. Sebanyak 90% pelajar telah
mengambil peperiksaan dan 1/3 daripadanya telah gagal. Berapakah jumlah pelajar yang
lulus?
A ) 36 orang
B ) 56 orang
C ) 72 orang
D ) 78 orang
=> 120 x 90% = 108
=> 2/3 x 108 = 72
15 ) Sebuah bakul mengandungi 120 biji epal dan 170 biji mangga. 20% daripada bilangan
buah mangga tersebut telah rosak. Berapakah jumlah epal dan mangga yang elok?
A ) 136
B ) 154
C ) 245
D ) 256
=> 170 x 20% = 34 (Rosak)
=> 170 - 34 = 136
=> 136 + 120 = 256
16 ) Tali W lebih pendek daripada tali X. Tali W lebih panjang daripada tali Y. Tali Z lebih
pendek daripada tali X tetapi lebih panjang daripada tali Y. Manakah tali yang paling
pendek?
A ) W
B ) X
C ) Y
D ) Z
17 ) Rizal membeli 14 botol minuman yang berisi padu 1.5 liter setiap satu. Dia menuangkan
air itu ke dalam gelas-gelas yang setiap satu gelas memuatkan antara 250 ml hingga 275 ml.
Anggarkan berapakah jumlah gelas yang minimum diperlukan untuk mengisi kesemua air
minuman tersebut?
A ) 75
B ) 76
C ) 77
D ) 78
18 ) Dalam satu kuiz minda, setiap peserta mesti menjawab 10 soalan. 5 markah diberikan
kepada setiap jawapan yang betul dan 3 markah ditolak bagi setiap jawapan yang salah.
Razman dapat menjawab betul sebanyak 6 soalan. Berapakah markah yang diperolehnya?
A ) 18
B ) 20
C ) 30
D ) 42
=> 6 x 5 = 30
=> 4 x 3 = 12
=> 30 - 12 = 18
19 ) Tukarkan 0.64 kepada pecahan
A ) 1/25
B ) 16/25
C ) 18/50
D ) 31/50
=> 0.64 = 16/25
20 ) Jumlah jisim karung P dan Q ialah 189 kg. Berapakah jisim karung P jika jisimnya 18 kg
lebih ringan berbanding karung Q?
A ) 75.5 kg
B ) 85.5 kg
C ) 103.5 kg
D ) 121.5 kg
=> 189 - 18 = 171
=> 171/2 = 85.5
=> P = 85.5
=> Q = 189 - 85.5 = 103.5
Jika terdapat kesalahan ejaan soalan atau salah dalam pengiraan,anda boleh komen di ruangan bawah yang disediakan. Semoga ada lulus dalam menghadapi Exam SPA.
Baca Juga : Soalan Sebenar SPA Bagi Jawatan Pegawai Imigresen KP19 Berserta Jawapan 2020
Post a Comment