Apabila dikelilingi hutang yang bertimbun, pastinya hari-hari kita diselubungi rasa resah. Macam mana nak langsaikan hutang sedangkan duit pun cukup-cukup untuk makan hari-hari sahaja. Kadang, mula timbul rasa seolah-olah bebanan hutang itu adalah sesuatu yang sukar untuk dilangsaikan kerana terlalu banyak.

Doa Agar Hutang Cepat Selesai
Doa Agar Hutang Cepat Selesai
Credit Pic : SUMBER


Ada yang sampai terpaksa berhutang dengan orang lain semata-mata hendak melangsaikan hutang lama.  Namun, perkara ini tidak dikira sebagai melunaskan beban hutang tetapi membuatkannya lagi sebagai perkara yang sukar diselesaikan.

Doa Agar Hutang Cepat Selesai

Jangan berputus asa melangsaikan hutang. Bila kita sudah berniat dan bertekad untuk melangsaikannya, insya-Allah ianya akan dipermudahkan olehNya dan sentiasa diberi jalan bagi menyelesaikannya.

Bila kita rasakan yang kita sudah hampir berputus asa dan ada sesetengah dari kita yang sehinggakan terpaksa mengambil jalan yang salah untuk melangsaikannya seperti melibatkan Ah Long dan sebagainya, sentiasa ingat bahawa berhutang dengan ALONG bukanlah jalan akhir, tetapi ia adalah jalan permulaan kepada masalah baru.

Jadi, walau sebesar apapun masalah yang dihadapi anda, pasti akan ada penyelesaian di sebaliknya kerana Allah tidak akan memberi ujian yang tiada penyelesaian.

Oleh itu, kembalilah kepada Allah dan cuba untuk amalkan amalan-amalan yang boleh membantu mengurangkan beban tersebut seperti berdoa.

Ada sebuah doa yang telah diajar dan boleh kita diamalkan, iaitu :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”

Usaha itu boleh datang dalam pelbagai bentuk. Selain berusaha dengan kudrat yang ada, kita juga boleh berusaha dalam bentuk kerohanian.

Semoga Allah sentiasa memberi jalan penyelesaian di atas setiap permasalahan yang berlaku.


Post a Comment

Previous Post Next Post