Kepada orang yang suka stor barang dalam kereta, ia akan menjadi ‘second home’. kekadang kereta akan penuh dengan kasut sukan, kasut untuk keluar jalan dan selipar. 

Benda Yang Dilarang Disimpan Di Dalam kereta
Benda Yang Dilarang Disimpan Di Dalam kereta 
Credit Pic : SUMBER

Baju tambahan juga sering disimpan di dalam kereta sebagai kegunaan semasa emergency. Botol minuman, buku-buku dan makanan juga di simpan di dalam kereta. Semuanya ada cerita disebaliknya.

Benda Yang Dilarang Disimpan Di Dalam kereta 


Tapi tahu tak, ada beberapa barang yang bahaya jika disimpan didalam kereta. Ini antara barang yang tak elok ditinggalkan di dalam kereta begitu saja.

1. Makanan dan minuman

Tak semua pek minuman dan makanan direka khas untuk tahan panas terik cahaya matahari. Suhu di dalam kereta boleh mencecah 70 celsius dan bahan kimia pada pek boleh mencemari makanan dan minuman.


2. Ubat ubatan

Ubat ubatan selalunya disimpan pada suhu 25 celsius atau lebih rendah bagi mengekalkan kestabilan dan ketahanan ubat. Suhu yang rendah turut mengekalkan bentuk fizikal dan kekal sterilant. Ubat yang ditinggalkan di dalam kereta akan rosak jika terdedah kepada cahaya matahari dan kalau dimakan boleh menjejaskan kesihatan diri sendiri.


3. Bateri

Bateri seperti lithiumion (bateri telefon), computer riba, powerbank dan bateri triple A dan sebagainya boleh menyebabkan kebakaran jika dibiarkan di dalam kereta begitu lama kerana terdedahnya kepada cuaca yang sangat panas.


4. Pemetik api

Pemetik api (lighter) merupakan suatu bahan yang mudah terbakar dan meletup jika terdedah kepada cuaca panas matahari. Suhu dalam kereta boleh menjangkau tinggi lagi-lagi kalau pemandu itu meninggalkan kereta tanpa membuka sedikit tingkap kereta untuk pengudaraan.



Post a Comment

Previous Post Next Post