Berikutan pemansuhan kriteria permohonan i-Sinar pada bulan Februari 2021, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa permohonan yang dibuat pada sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat mulai 2 Mac 2021.

Tarikh Bayaran i-Sinar 2021
Tarikh Bayaran i-Sinar 2021
Credit Pic : SUMBER

Ianya melibatkan permohonan yang masih menunggu semakan keputusan kelulusan sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dibuat. KWSP menghargai kesabaran ahli ketika proses ini sedang dalam proses. 

Tarikh Bayaran i-Sinar 2021


Jika terdapat sebarang status permohonan masih tiada sebarang perubahan, penyemakan boleh dilakukan pada hari-hari berikutnya.

Permohonan baharu kriteria pemansuhan syarat akan dibuka bermula 8 Mac 2021 kepada semua ahli di bawah umur 55 tahun, tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 ahli. Ini termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia. Permohonan baharu ini akan diproses dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja dan selepas pada tempoh ini, ahli boleh mula membuat semakan status permohonan dan tarikh bayaran.

Bermula 8 Mac 2021 juga, ahli akan diberikan peluang untuk membuat pertukaran pada butiran permohonan seperti jumlah yang hendak dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, seperti yang dimaklumkan pada sebelum ini, iaitu :

a.   Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka yang mempunyai  jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b.  Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000 sahaja. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Tarikh Bayaran i-Sinar 2021
Tarikh Bayaran i-Sinar 2021

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi di talian online khas i-Sinar di 03 – 8922 4848. Untuk pertanyaan lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun melayari laman web ramsi KWSP di www.kwsp.gov.my.



Post a Comment

Previous Post Next Post