Membina sebuah hubungan untuk jangka tempoh panjang bukan suatu proses yang mudah kerana dalam 'perjalanan' itu pasti akan wujud halangan dan rintangan yang perlu kita lalui.
Ini termasuklah tiada lagi timbul rasa cinta terhadap pasangan yang pada akhirnya akan membawa kepada masalah-masalah yang lain.
Ini termasuklah tiada lagi timbul rasa cinta terhadap pasangan yang pada akhirnya akan membawa kepada masalah-masalah yang lain.
Tanda-Tanda Anda Tidak Cintakan Pasangan Anda Lagi Credit Pic : SUMBER |
Apabila perkara itu terjadi, pasti ada di antara kita mula tertanya-tanya adakah benar kita sayangkan si dia? Dalam soal hati dan perasaan, berbohong kepada diri sendiri akan menghancurkan sesuatu hubungan.
Ada beberapa petanda sebenarnya mungkin anda tidak mencintai pasangan dengan sepenuh hati dan kemungkinan masih bersamanya hanya kerana ada rasa tanggungjawab dan simpati.
1. Ungkapan 'I Love U' tiada erti lagi
Tanda-Tanda Anda Tidak Cintakan Pasangan Anda Lagi
Ada beberapa petanda sebenarnya mungkin anda tidak mencintai pasangan dengan sepenuh hati dan kemungkinan masih bersamanya hanya kerana ada rasa tanggungjawab dan simpati.
1. Ungkapan 'I Love U' tiada erti lagi
Mengucapkan kata-kata cinta adalah perkara biasa selain membuktikan rasa sayang dan cinta kita pada pasangan. Namun apabila kata-kata tersebut kedengaran asing atau langsung tidak menjentik perasaan anda. Ia adalah satu petanda buruk.
2. Masih berharap kehadiran yang lebih baik
Jika anda masih ada perasaan ingin bertemu dengan orang yang lebih baik dari pasangan anda, anda perlu kaji selidik kembali hubungan sedia ada. Ini bukan sahaja bermaksud perasaan terhadap si dia sudah kian hilang, malah anda sebenarnya tidak memandang masa depan bersamanya.
3. Tidak berfikir mengenai si dia
Pada tahap ini, semua perkara penting dalam hubungan mungkin sudah tidak menjadi kepentingan kepada anda, Malah anda langsung tidak mengingati tarikh perkahwinan, hari jadi dan sebagainya.
Pada asalnya, bukan anda tidak ingat, tetapi anda mula merasakan tidak penting kerana pasangan bukan lagi keutamaan anda.
4. Tak mahu bercakap tentang masalah
Jika anda selalu cuba menggelak konflik untuk berhadapan dengan sesuatu masalah hubungan anda, ini juga menunjukkan anda tidak lagi peduli dan risau tentang apa yang bakal berlaku dalam hubungan anda.
Ini kerana anda merasakan pasangan tidak lagi penting dalam kehidupan anda.
5. Bergaduh pada perkara kecil
Kalau dah tak suka, perkara kecil pun boleh tercetusnya pergaduhan! Sekiranya perkara sering berlaku, anda sebenarnya cuba menimbulkan kemarahan pasangan dan berharap ia menjadi punca kepada perpisahan.
6. Fokus pada kekurangan, bukan kelebihan
Kamu sudah mula melihat kekurangan pasangan sebagai alasan untuk terus membencinya berbanding melihat kelebihan yang membuatkan kamu cinta padanya.
7. Cerita perihal buruk pasangan kepada orang lain
Kisah peribadi dalam hal rumahtangga sepatutnya menjadi rahsia antara anda dan pasangan tetapi jika anda mula bercerita mengenainya kepada orang lain itu mungkin menandakan anda sudah tidak mempedulikannya lagi.
Cara ini juga sebenarnya dilakukan bagi meraih simpati dan sokongan agar sekiranya apa-apa berlaku anda masih mendapat sokongan keluarga atau rakan.
Baca Juga : Sebab Apa Kita Jatuh Cinta Kepada Seseorang?
Post a Comment