Tak semua orang bernasib baik dalam perhubungan, ada yang tengah hangat bercinta, tiba-tiba kena pulak tukar tempat kerja negeri lain. Ah sendu terus rasa hati. Pelbagai emosi pula timbul. 

Tips Bercinta Untuk Pasangan Jarak Jauh
Tips Bercinta Untuk Pasangan Jarak Jauh
Credit Pic : SUMBER

Risau, sedih, berbaur. Namun, hidup mesti diteruskan. Hubungan yang sekarang dijalinkan, takkanlah nak diputuskan di tengah jalan? Disini dikongsikan tips untuk mengukuhkan hubungan cinta jarak jauh.

Tips Bercinta Untuk Pasangan Jarak Jauh


#1 Selalu Berkomunikasi

Seperti semua orang ketahui bahawa dalam sesuatu perhubungan, berkomunikasi adalah teramat penting. Jika gagal dalam komunikasi, maka gagallah hubungan tersebut. Kalau dah jauh tu, selalu-selalu lah berkomunikasi. 

Zaman sekarang dah tak macam dulu, jenuh tunggu abang posmen hantar utusan cinta bersulam bedak tabur. Zaman sekarang zaman era globalisasi, nak video call, whatsapp, email, skype, dan banyak lagi Apps yang muncul untuk memudahkan kita semua untuk berkomunikasi. Dah jauh mestilah rindu, kan? Gunakanlah kemudahan-kemudahan yang ada secara optimum !!


#2 Komunikasi Yang Berkesan

Pelbagai cara komunikasi boleh kita aplikasikan. Namun, yang terbaik adalah komunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan adalah dengan kaedah berterus terang. Sebagai contoh, awak dan pasangan keduanya pekerja swasta yang kadang-kala memerlukan kerja lebih masa di tempat kerja. 

Penat. Jadi, katakan sahaja pada pasangan awak bahawa awak perlukan rehat yang secukupnya kerana penat kerja lebih masa di tempat kerja dan awak akan menghubungi pasangan awak apabila awak sudah cukup rehat. 

Cara berterus-terang sebegini bukan sahaja mudah difahami, bahkan mengelakkan was-was dari pasangan. Cuba awak bayangkan jika awak tidak berterus terang, tapi tidak juga menghubungi pasangan awak. Pasti dia sudah berfikir yang awak sudah pasang dua di belakangnya, kan? Contoh je.


#3 Percaya Pasangan Anda

Aduh, si dia sudah jauh di mata. Pasti perasaan ingin tahu apa yang dia buat apabila jauh dari kita kan? Walaupun dia katakan dia buat aktiviti itu dan ini, tapi betulke? Atau sebenarnya sedang bermesra dengan orang lain? Hah !!! Sudahh. Cukuplah sekiranya kita percayakan sahaja pasangan kita itu. Pasangan adalah cerminan diri kita. Jika kita baik, pasangan kita juga baik. Tak perlu menghadirkan prasangka yang tidak baik dalam diri kita, OK?


#4 Fahami Bahasa Cinta Kekasih

Terdapat 5 bahasa cinta yang wajar kita ketahui. Dengan memahami bahasa cinta kekasih, diharapkan kita lebih dapat menyemarakkan lagi rasa cinta bila berjauhan. Bahasa cinta pasangan boleh difahami dengan cara memerhatikan tingkah laku pasangan. Kekadang pasangan kerap merungut dia tak sempat menyiapkan itu dan ini, ini memberi maksud si dia seorang yang sukakan pertolongan daripada pasangannya. 

Kadangkala si dia merungut tak dapat hadiah untuk anniversary pun? Ya betul, si dia sejenis sukakan hadiah. Hadiah bermaksud cinta baginya. Adakalanya, si dia mahukan pelukan secara tiba-tiba. Sentuhan adalah bahasa cinta bagi si dia yang sebegini. 

Kerap-keraplah memeluknya jika berpeluang. Kata-kata penguat adalah jenis lain daripada lima bahasa cinta yang wajar dipelajari. Jika si dia bermasam muka, ini disebabkan kita tidak memuji usahanya, bermaksud kata-kata penguat adalah bahasa cintanya. 

Orang sebegini sukakan pujian, dan komentar positif terhadap usaha yang dilakukan untuk kita. Akhirnya, waktu berkualiti. Pasangan jenis ini suka jika kita menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Letakkan gadjet di tepi. Fokus kepadanya. Fokus kepada percakapannya. Berbual dan bermesralah. Hanya itu yang dia mahukan.

Jadi, apabila berjauhan dan anda sudah pun memahami bahasa cinta pasangan, jangan sia-siakan pula. Hantarlah hadiah jika dia seorang yang gemarkan hadiah!


#5 Sentiasa Upgrade Diri Sendiri

Apabila mempunyai suatu hubungan yang perlu dijaga, komunikasi menjadi suatu elemen yang sangat penting. Komunikasi menjadi smooth dan baik apabila kita memahami diri sendiri, pasangan kita dan hubungan kita. Apabila kita lebih mengenal pasangan kita, barulah komunikasi menjadi lebih berkesan. Oleh itu, sentiasalah menggali ilmu dan terus belajar tentang diri sendiri dan pasangan kita supaya perhubungan menjadi lebih akrab.


#6 Ambil Masa Untuk Berjumpa

Berjauhan tak semestinya tak boleh berjumpa. Curilah masa sedikit untuk berjumpa sekurang-kurangnya 2 kali sebulan pun okey. Pasti terubat juga rindu di hati, rumah pun tak adalah asyik dibanjiri air mata kerinduan! Wahaa!


#7 Elakkan Menggoyah Kepercayaan Pasangan Anda

Jika pasangan anda jenis kuat cemburu, elakkan berhubungan mesra dengan mana-mana rakan berlainan jantina seperti meninggalkan komen di laman sosial atau keluar dinner walaupun secara beramai-ramai. Hal ini memang akan menaikkan paras kemurungan pasangan kita. 

Ya lah, sudahlah jauh di mata, nak check apa lagi kalau bukan media sosial? Hati-hati ya, letakkan perasaan pasangan sebagai keutamaan jika mahu perhubungan yang utuh dan berkekalan!


#8 Luangkan Masa Untuk Melakukan Aktiviti Bersama

Zaman teknologi yang serba canggih ni tak susah untuk melakukan riadah bersama. On je skype, dah boleh tonton movie di Netflix sama-sama. Sambil-sambil menonton boleh lah kita berkongsi review tentang scene di dalam movie itu sekali. Jangan lupa sediakan popcorn!


#9 Hargai “me-time” Pasangan

Me time atau waktu untuk diri sendiri memang tersangatlah mewah jika kita berjauhan dengan pasangan. Dalam hubungan jarak jauh. Kita lebih fokus terhadap diri sendiri tanpa perlu membahagikan banyak masa dengan pasangan. Shopping, medicure, pedicure, tonton movie kegemaran di Netflix, serta baca buku di sudut kegemaran tanpa mempedulikan kemahuan pasangan. Ya lah, bayangkan pasangan ada di sisi, si dia mahu tonton hindi movie, awak pula mahu tonton korean movie, dah bercanggah pula minat di situ. Jadi, pada waktu-waktu berjauhan begini, hargailah me time tersebut. Seronok juga, bukan?


#10 Tidak Lupakan Rakan Dan Keluarga

Mengeratkan semula masa bersama keluarga dan rakan-rakan adalah suatu cara untuk mengekalkan diri kita dalam mood dan aura yang positif. Taklah kita asyik bersedih kemurungan teringatkan pasangan yang jauh di mata tapi dekat di hati itu bukan? 

Sekurang-kurangnya ada juga teman untuk bersembang dan sekaligus mengalihkan pandangan kita daripada mengingati pasangan je! Bonus point; kita dapat merapatkan silaturahim bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jauh bukan alasan untuk kita tidak bahagia. Sebuah hubungan kekadang memerlukan rintangan untuk suatu perhubungan itu menjadi semakin utuh. Bertahanlah, ada sinar yang menanti nanti.



Post a Comment

Previous Post Next Post