Rahsia lelaki yang sukar untuk difahami dan diterangkan adalah kenapa lelaki lebih suka mendiamkan diri semasa bergaduh dengan pasangan mereka.
Bertengkar atau bergaduh itu adalah lumrah dalam kehidupan berpasangan. Ada masanya kita gelak bersama, ada masa kita akan bergaduh, biasalah tu bagi setiap pasangan.
Sebab-Sebab Mengapa Lelaki Berdiam Diri Bila Bergaduh Dengan Pasangan
Dan kebiasaannya semasa pergaduhan, tak kiralah sama ada sikap lelaki itu seorang yang pendiam atau ceria, dia mesti lebih sanggup untuk berdiam diri berbanding menaikkan suara. Berkemungkinan ianya disebabkan oleh 3 faktor ini.
Cer anda tengok adakah anda setuju atau tidak.
1. Tak Nak Buat Pasangan Lebih Marah
Lelaki kalau boleh tak nak dengar pasangannya berleter berpanjangan. Mereka malas nak dengar, terutamanya bila suara pasangan semakin lama semakin nyaring dan pitchy.
Sebab itulah, lelaki lebih sanggup berdiamkan diri dulu, biarkan pasangan reda dan mulakan percakapan selepas itu.
2. Lelaki Gemar Memendam Emosi
Lelaki ni nampak je tenang dan diam, tetapi dalam hati lelaki entah serabut apalah yang sedang dirasai olehnya sekarang.
Lelaki secara amnya dikatakan lebih suka memendam serta menyimpan emosi dan perasaan berbanding perempuan yang lebih suka meluahkannya. Tapi, kalau dah selalu sangat pendam, boleh meletus juga okay.
Jadi sebagai pasangan mereka yang memahami, lebih baik jika kamu bawa si lelaki untuk bertenang selepas bergaduh.
3. Keliru Dengan Apa Masalah Yang Timbul Sebenarnya
Perempuan selalu merasakan diri mereka benar.
Girls, cuba tanya pada diri anda sendiri sama ada itu betul atau tidak. Walaupun dalam hal yang kecik, perempuan akan memperbesarkannya. Sebab itu, lelaki mudah keliru tentang apa sebenarnya isu yang timbul sehingga menyebabkan pergaduhan.
Lantas mereka fikirkan jalan terbaik adalah untuk diamkan diri saja daripada cuba menegakkan sesuatu yang mereka sendiri tidak fahami.
Menjadi seorang lelaki ni pun bukannya mudah tau. Jadi, daripada peningkan kepala anda dengan lebih banyak masalah, lebih baik anda diamkan diri saja (dan pakai earphone semasa pasangan tengah marah) je. Hiks!
Post a Comment