Antara perkara paling penting dalam hubungan romantik di antara dua insan adalah persefahaman dan keinginan untuk menerima satu sama lain seadanya.
Tanda-Tanda Lelaki Mula Bosan Dengan Anda Credit Pic : SUMBER |
Baik atau buruk perangai, pasangan anda akan diterima dengan hati terbuka. Tapi, tahukah anda bahawa kesabaran lelaki juga ada tahap dan hadnya ? Kadangkala dia sudah lama bosan dengan perangai anda tapi dipendamkan sahaja di dalam hati.
Tanda-Tanda Lelaki Mula Bosan Dengan Anda
Tak mahu perkara seperti ini berlaku? Sebelum terlambat jom sama-sama semak 5 ciri-ciri dia sudah bosan dengan anda !!
1. Semakin lama semakin tidak kisah
Di awal perhubungan, apa sahaja yang keluar dari mulut pasangan umpama pujian yang mampu membuatkan anda tersenyum. Namun, jika anda mula perasan semakin lama dia semakin tidak endah dengan apa yang anda perkatakan, itu tanda awal dia sudah muak.
2. Selalu lambat bila nak jumpa
Berbeza betul dengan masa dia nak ‘mengorat’ dulu. 2 jam menunggu di luar kelas anda pun dia sanggup lakukan demi berjumpa. Tapi sekarang, bila diajak berjumpa je, mesti dia yang lambat. Datang pun dengan muka macam terpaksa.
3. Sikap kelakarnya hilang begitu saja
Lelaki yang pandai membuat lawak ini sebenarnya mudah untuk mendapat perhatian setiap perempuan, termasuklah anda. Jika tiba-tiba dia dingin dengan anda, itu petanda dia sebenarnya sudah naik bosan dengan anda. Sudahlah tidak buat lawak, dia buat pula muka ‘dek je dengan anda’!
4. Tidak call atau mesej
Hubungan semakin dingin bila dia seakan kehabisan idea semasa ingin berborak menerusi panggilan telefon atau mesej pesanan ringkas.
Jika dulu, mesej dialah yang pertama menyahut kamu dari kamu bangun tidur. Tapi sejak kebelakangan ini, nak cakap ‘hello’ pun susah. Haaa, itu salah satu tanda dia dah mula bosan !!
5. Kamu tidak mampu membuat dia tersenyum
Dulu tak perlu effort pun, senyuman anda boleh membuatnya cair. Tapi lama-kelamaan mukanya masam semacam je. Tambahan pula, lelaki sukar untuk menyembunyikan emosinya.
Jika seorang lelaki tidak lagi menghargai anda, sudah bosan dengan anda atas alasan yang tidak munasabah, tinggalkan sajalah dia. Buat apa terus stay dengan orang yang tak boleh hargai diri anda, tak gitu?
Post a Comment