Siapa yang tak mahu hubungan berakhir di jinjang pelamin. Baik lelaki atau pun perempuan, masing-masing mempuyai impian ikatan yang diakhiri dengan perkahwinan.

Tanda-Tanda Lelaki Hanya Anggap Perempuan Sebagai Kawan Sahaja
Tanda-Tanda Lelaki Hanya Anggap Perempuan Sebagai Kawan Sahaja
Credit Pic : SUMBER

Biasalah mula-mula crush je, lama-kelamaan timbul pula perasaan sayang dan cinta. Anda pernah ada crush tak?

Tanda-Tanda Lelaki Hanya Anggap Perempuan Sebagai Kawan Sahaja


Mesti pernah kan. Hiks!

Sama ada anda bernasib baik jika crush anda tu pun ada perasaan yang sama, atau pun sebaliknya mereka hanya menganggap anda hanyalah kawan biasa. Argh, kena friendzone pula..

Chill la gais. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Jadi sebelum anda kecewa dengan hubungan yang tidak akan ke mana, anda sebenarnya dah boleh agak jika hubungan itu tak lebih sebagai kawan biasa.

Untuk girls di luar sana, kalau nak tahu sama ada lelaki hanya buat anda seperti kawan biasa saja atau tidak, cuba check

Ciri-ciri ini telah dikongsikan dalam page IIUMC.


1. Obviously jarang reply chat anda

Kalau nak cakap pasal sibuk, mana ada manusia yang sibuk 24 jam kan. Jadi, sekirannya mesej anda hanya dapat bluetick, faham-faham saja laa.

Atau paling kurang pun, reply sepatah-sepatah. Dah cukup untuk anda tahu bahawa dia tak bersungguh-sungguh dengan anda.


2. Tak pernah cakap pasal kahwin

Lelaki yang belum bersedia akan mudah berasa rimas bila perempuan bertanyakan soal perkahwinan. Mungkin mereka masih anggap anda seperti kawan biasa dan tidak terfikir untuk berkahwin.


3. If you had crush on him, dah confess but nothing changes

Sama ada lelaki tu dah ada pasangan atau dia tak perasaan dengan anda. Dah luah pun tapi tak apa-apa perubahan dan masih kawan macam biasa, baik move on je la sis..


4. Dah confess, tapi main tarik tali

Lain pula situasi bila kau dah confess tapi layan anda ikut mood. Kalau rasa nak sayang, sayang la. Kalau tak, memang cakap anda hanya berkawan tak lebih dari tu. Sama ada dia perlukan anda waktu bosan saja tau dia selesa berkawan dengan anda.


5. Dia layan anda macam kawan

Selalu mengajak anda keluar, tapi bila bercakap pasal perasaan dia dah mula rimas. Jadi, dia lebih mudah untuk diajak lepak dan bersembang dengan anda. Mungkin.
6. Talk about other girl

Paling ketara bila dia bercakap tentang perempuan lain dengan anda. Memuji serta membanggakan kecantikan perempuan lain dan bercerita tentang mereka. Hm, mesti sakit hati kan? Hiks!


7. Kawan dia kenal anda sebagai kawan baik dia saja

Kalau berjumpa dengan kawan-kawannya, anda hanya diperkenalkan sebagai seorang kawan saja. Tidak pula dia bercerita yang l
ebih-lebih pasal diri anda.


8. Tidak pernah ingat tarikh penting

Paling cikai pun atleast mereka kena ingat tarikh lahir anda. Tapi kalau dah tak ingat, jangan kata nak bagi hadiah, wish pun sama sekali tidak. Kalau pun wish cuma cakap pibeday. Anda rasa? Hehe..

Jadi, kalau dah si dia act macam tu, anda dah boleh faham-faham je la ya. Daripada anda menunggu dan terus membuang masa, baik cari lelaki lain sahaja. Ehhh.. haha!

Anggaplah selama perkenalan anda tu sebagai pengalaman hidup. Jangan pernah berdendam dengan dia sebaliknya doalah yang baik-baik untuk dia.

Jangan takut untuk move on sebab pasti Allah akan berikan anda, orang yang lebih baik lepas ni. InsyaAllah!



Post a Comment

Previous Post Next Post