Majoriti wanita yang menjalinkan hubungan cinta masih keliru dengan perasaan pasangan terhadap mereka. Kalau si teman lelaki tak cakap ‘I Love You’ setiap hari, mulalah timbul rasa curiga dan fikir yang bukan-bukan.
Hint Lelaki Cintakan Pasangan Yang Ramai Perempuan Tidak Sedar Credit Pic : SUMBER |
Sebenarnya, tak perlu pun nak tunggu lelaki tu cakap ‘I Love You’ baru nak percaya yang dia sayang sangat dengan anda.
Hint Lelaki Cintakan Pasangan Yang Ramai Perempuan Tidak Sedar
Ada beberapa hint yang sepatutnya anda faham-faham sendiri.
Ini antara beberapa perkara yang sering dilakukan oleh lelaki tanda dia sayang kan perempuan yang perempuan tidak perasan sama sekali.
1. Buat perempuan ketawa
Kalau lelaki tu sentiasa membuat hati anda terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius dengan anda. Lelaki jenis ini sentiasa inginkan mood yang ceria setiap kali bersama dengan orang tersayang.
Ini antara beberapa perkara yang sering dilakukan oleh lelaki tanda dia sayang kan perempuan yang perempuan tidak perasan sama sekali.
1. Buat perempuan ketawa
Kalau lelaki tu sentiasa membuat hati anda terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius dengan anda. Lelaki jenis ini sentiasa inginkan mood yang ceria setiap kali bersama dengan orang tersayang.
2. Suka mengusik
Lelaki kalau dah menyayangi seseorang perempuan tu, dia memang gemar sangat nak mengusik. Tapi dalam masa yang sama, dia tetap menjaga perasaan dan sentiasa ambil berat terhadap perempuan tersebut.
3. Kerap whatsapp/reply laju
Kalau dah suka pada anda, mesti la si dia sentiasa menghubungi anda. satu perkara lagi, ingat senang ke nak jumpa lelaki yang rajin nak melayan whatsapp ni? Kalau mereka reply laju-laju tu kira anda dah beruntung sangat dah.
4. Tak control perempuan
Dalam perhubungan cinta, lelaki sejati tidak akan kawal perempuan. Bukan bermakna dia tak nak ambil tahu tapi lelaki itu hanya nak perempuan itu berasa selesa ketika bersamanya. Biar tak rasa seperti terikat.
5. Menangis depan perempuan
Tak ada lelaki yang akan menangis depan seorang perempuan melainkan dia betul-betul sayang dengan perempuan tu. Kalau dah nangis depan anda tu maknanya dia sangat mempercayai dan selesa dengan anda.
6. Tak nak hubungan tergesa-gesa
Lelaki kalau betul-betul sayang dengan seorang perempuan, dia tak mahu segerakan hubungan itu. Maksudnya, dalam bab urusan perkahwinan ni, lelaki tidak akan terburu-buru kerana nak tunggu betul-betul agak stabil dari segi kewangan untuk menyara isterinya nanti.
7. Lembut hati
Kalau dulu anda mengenalinya sebagai seorang yang degil, dengan tiba-tibanya dia boleh menjadi seorang yang lembut hati dan boleh bertolak ansur dalam banyak perkara. Ini juga salah satu tanda yang dia sayang dan sanggup mengalah dengan orang yang dia sayang.
8. Jadi budak-budak
Lelaki kalau dah perangai macam keanak-anakan yang tiba-tiba nak dimanja dan kekadang suka merajuk, itu tandanya dia mahu kan perhatian daripada anda. Kalau dia merajuk sesekali sekala tu, pujuk je la. Tapi kalau dah merajuk mengalahkan perempuan, menyampah pula nak melayan.
9. Membebel
Jangan anda mengganggap lelaki tu kuat membebel setiap kali dia menegur dan marah tentang perkara-perkara yang padanya tidak elok. Dia hanya sekadar menasihati dan mengingatkan orang yang disayangi agar hubungan yang dijalinkan berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah.
Jadi lepas ni jangan la timbulkan pergaduhan lagi tentang isu-isu seperti sayang ke tak. Makna sayang tu luas. Tak semestinya diungkap dengan kata-kata.
Jadi, anda boleh la semak sama ada ciri-ciri yang dinyatakan ini ada atau tidak pada bf anda.
Baca Juga : Tanda-Tanda Lelaki Mula Bosan Dengan Anda
Post a Comment