Artikel Terkini

Hukum Berkenaan Pemakaian Susuk Untuk Tujuan Keselamatan Diri


Koleksi Soal Jawab Agama


Adakah anda tahu apa itu susuk ?

Susuk ini adalah amalan turun-temurun yang diamalkan oleh masyarakat melayu khususnya. Susuk ialah suatu amalan di mana pemakainya akan memasukkan bahan asing ke dalam badan. Contohnya di muka dengan tujuan untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan yang tertentu.

Antara bahan-bahan susuk yang digunapakai ialah : 

- Emas
- Perak
- Intan
- Permata
- Sayap binatang
- Tulang haiwan
- Tulang manusia


Jika dilihat bahan-bahan yang digunakan di atas ini, susuk digunakan atas tujuan yang tertentu. Antaranya : 

- Untuk mengekalkan kecantikan
- Untuk awet muda
- Untuk mempertahankan diri
- Untuk menjaga rumah dari segala kejahatan

Pemakaian susuk ini biasanya dikaitkan dengan sihir dan sihir biasanya menggunakan khidmat jin. Ini disebabkan dengan bantuan dari jinlah (hakikatnya dengan izin Allah), pemakai susuk mampu mencapai apa yang diinginkan si pemakai.

Pengamal susuk biasanya memakai susuk adalah atas tujuan tertentu. Misalnya seperti untuk kelihatan sentiasa cantik ataupun untuk menjadi kebal. Biasanya orang yang memakai susuk ini mereka sangat yakin pada susuk. Mereka rasa susuk itulah yang memberikan sebesar-besar pertolongan hingga tercapai tujuan yang mereka inginkan. Perbuatan sebegitu sudah menjadikan pengamal susuk ini termasuk dalam golongan orang-orang yang mensyirikkan Allah.



Hukum Berkenaan Pemakaian Susuk Untuk Tujuan Keselamatan Diri
Hukum Berkenaan Pemakaian Susuk Untuk Tujuan Keselamatan Diri
Credit pic : SUMBER


Hukum Berkenaan Pemakaian Susuk Untuk Tujuan Keselamatan Diri


Soalan : 

Adakah salah pada sisi Agama Islam seseorang memakai susuk di badan kerana tujuan untuk keselamatan diri ? 


Jawapan : 

Memakai susuk kerana keselamatan diri itu hukumnya adalah haram. Jika seseorang itu mengi'tiqad bahawa susuk itu boleh menghindarkan segala merbahaya maka perbuatan itu akan membawa kepada syirik beerti menyekutukan Allah dan dosanya sangat besar sekali sehingga tuhan tidak dapat mengampuninya selagi tidak kembali kepada mengesakan Allah.

SUMBER 1 
SUMBER 2

No comments:

Post a Comment