Artikel Terkini

Perkara Yang Membuatkan Anda Cepat Lapar


Lapar adalah satu proses tubuh yang berlangsung secara semulajadi lebih-lebih lagi apabila perut anda kosong dalam satu tempoh waktu yang lama.


Perkara Yang Membuatkan Anda Cepat Lapar
Perkara Yang Membuatkan Anda Cepat Lapar
Credit Pic : SUMBER


Selain perut yang tidak diisi, terdapat juga beberapa faktor luar yang membangkitkan rasa untuk makan dalam satu jangka masa yang cepat. Ternyata situasi ini boleh mengagalkan usaha diet anda.


Perkara Yang Membuatkan Anda Cepat Lapar


1. Aroma Makanan

Aroma makanan berpotensi tinggi untuk membangkitkan rasa lapar. Ini kerana apabila bau makanan lazat yang dihidu masuk ke dalam mulut, secara automatiknya enzim yang terhasil di dalamnya akan merembeskan air liur sekaligus menerbitkan keinginan untuk merasai makanan berkenaan.


2. Minuman Bergas

Mengambil minuman bergas sebelum makan juga boleh menyebabkan perut berasa lapar. Ini kerana bahan pemanis di dalamnya berupaya meningkatkan jumlah gula di dalam darah sekaligus mengaktifkan keinginan untuk makan.


3. Melihat Gambar Makanan

Memang tidak dinafikan, gambar makanan boleh membangkitkan rasa lapar. Manakan tidak, otak mempunyai keupayaan untuk membayangkan betapa sedapnya makanan yang dilihat. Setelah itu, ia akan memerintahkan pula anggota tubuh untuk merasai melalui visual yang diberikan.


4. Makanan Tin

Adakah anda tahu bahawa makanan dalam tin memiliki zat tambahan tertentu yang mampu membangkitkan rasa lapar. Bukan setakat itu sahaja, makanan yang diawetkan pun mempunyai kesan yang sama.


5. Warna Merah Makanan

Menurut feng shui, warna merah meninggalkan kesan yang positif  untuk merangsang nafsu makan. Itulah sebabnya kebanyakan restoran cina gemar mendominasikan warna tersebut di restoran mereka.


6. Melewatkan Sarapan

Jangan sekali-sekali beranggapan bahawa dengan melewatkan waktu sarapan makan anda boleh kelihatan kurus dengan cepat. Hakikatnya, jika anda menangguhkan sarapan maka anda akan menjadi lebih sensetif terhadap godaan makanan sekaligus membuatkan anda mengambil makanan dengan lebih banyak pada waktu siang.


7. Kurang Minum Air

Sekiranya andakurang mengambil air maka perut mudah berasa kejang. Malah sakit yang dirasai lebih kurang sama dengan rasa lapar. Oleh kerana itu, selalulah minum air yang cukup bagi mencegah rasa lapar yang menyerang secara tiba-tiba.


8. Tekanan

Apabila berada dalam situasi yang tertekan dan mencemaskan, pastinya keinginan lebih kuat untuk makan dengan banyak. Ini kerana, proses yang berlaku merupakan mekanisme pertahanan pada tubuh. Ditambah pula dengan hormon stress yang menjadikan metabolisme semakin lambat bertindak seterusnya menaikkan risiko untuk anda terdedah kepada kenaikkan berat badan. 

Walaupun ia sesuatu signifikan tetapi berhati-hatilah dengan faktor-faktor yang telah pun dinyatakan sekiranya tidak ingin obesiti berlaku secara drastik kepada tubuh.


Baca juga : Adakah Kerap Kencing Tanda Penyakit ?

No comments:

Post a Comment