Umum mengetahui air liur hukumnya tidak najis. Tetapi keadaan hukum berubah apabila air liur yang keluar ketika tidur atau lebih dikenali sebagai air liur basi, mempunyai pandangan yang berbeza di kalangan pada ulama. Penentuan hukum ke atas perkara ini pula tertakluk kepada dua keadaan iaitu :
Adakah Air Liur Basi Itu Najis? Credit Pic : SUMBER |
- Apakah air liur itu keluar dari mulut ?
- Apakah air liur itu keluar dari rongga perut ?
Adakah Air Liur Basi Itu Najis?
Persoalannya, bagaimana menentukan samada air yang keluar itu dari mulut atau rongga perut? Dan apakah sah sekiranya air liur basi yang terlekat di baju, sah dibawa solat?
Jawapan
Air liur adalah cairan yang terhasil melalui kelenjar dalam mulut manusia atau haiwan. Para ulama bersepakat mengatakan, air liur yang keluar dari mulut itu dianggap bersih dan suci. Hal ini demikian kerana hukum asal bagi sesuatu yang keluar daripada anak adam adalah suci melainkan jika terdapat dalil yang menunjukkan sebaliknya. Nabi SAW bersabda :
Sesungguhnya seseorang mukmin itu tidaklah najis.(Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari di dalam sahihnya)Namun yang demikian mereka berbeza pendapat tentang hukum air liur yang keluar dari perut atau yang lebih dikenali dengan air liur basi. Secara umumnya terdapat tiga pandangan ulama dalam hal ini iaitu :
Pertama : Sebahagian ulama berpendapat Air Liur Basi Bersih Secara Mutlak.
Kedua : Sebahagian yang lain pula berpendapat Air Liur Basi Adalah Najis.
Ketiga : Golongan ketiga pula memperincikan dengan Membezakan Antara Air Liur yang keluar dari mulut sahaja maka dia dihukum sebagai bersih. Manakala air liur basi yakni air liur yang keluar dari rongga perut dihukum sebagai najis.
Daripada ketiga-tiga pendapat ini, pendapat ketiga adalah pendapat yang kuat dan menjadi pilihan. Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmuk menukilkan pandangan daripada Syaikh Abu Muhammad al-Juwayni berkenaan hukum air liur berkata ''apa-apa yang keluar dari mulut manusia adalah suci, namun apa yang keluar dari perut ia dianggap najis secara ijmak''.
Namun begitu timbul persoalan tentang bagaimanakah caranya kita hendak mengetahui sama ada air liur yang keluar itu dari mulut atau pun dari perut ?
Antara ciri-ciri yang ditetapkan oleh ulama untuk menentukan air liur yang keluar dari perut ialah :
1. Air liur yang keluar itu berubah warnanya atau keluar dengan diiringi bau yang busuk.
2. Berterusan air liur itu keluar sepanjang waktu tidur. Jika air liur itu berhenti ketika tidur, maka itu tandanya bukan darri perut.
3. Jika orang itu tidur dengan kepalanya terangkat atau dalam kedudukan tinggi di atas bantal, maka air liur yang keluar itu adalah dari mulut dan dihukumkan bersih. Manakala sekiranya dia tidur dengan kedudukan kepada rendah tanpa bantal, maka air liur yang keluar itu adalah dari rongga perut dan dihukumkan sebagai najis.
Jika seseorang itu solat dengan mamakai pakaian yang terkena air liur basi makasolatnya sah kerana ia adaah najis yang dimaafkan dan dianggap sebagai 'umum balwa'. Inilah pandangan yang disebutkan oleh imam al-Nawawi. ''Ia dihukum sebagai najis tetapi ia termasuk di dalam perkara 'umum balwi' (Sesuatu yang kerap berlaku lagi sukar dihindari). Maka yang zahirnya ia termasuk dalam perkara yang dimaafkan sepertimana darah serangga, silsil baul, istihadah dan seumpamanya.
SUMBER - Sheikh Marwazi Dziyauddin
Baca juga : Bolehkah Wanita Mengalunkan Bacaan Al-Quran Dalam Pertandingan Tilawah ?
Post a Comment