Artikel Terkini

Tips Berkesan Mengubati Penyakit Malas


Sering kali kita bertangguh melakukan sesuatu atas suatu alasan. Sering kali kita gagal melakukan apa yang dirancang disebabkan suatu alasan.

Tips Berkesan Mengubati Penyakit Malas
Tips Berkesan Mengubati Penyakit Malas
Credit pic : SUMBER


Dan sering kali alasan itu sebenarnya dalam wajah lain ialah malas. Kena dengan isu ini juga, malas ialah erti kata lain bagi selesa di zon selesa.

Tips Berkesan Mengubati Penyakit Malas

Jenis Malas


1. Malas Akal

- Biarkan orang lain fikirkan sahaja.
- Tidak mahu mengkaji lebih mendalam tentang sesuatu yang sedang dihadapi.
- Mudah menolak sahaja idea dan pandangan baharu.
- Selesa dengan cara sedia ada walaupun tahu kurang berkesan.
- Tidak mahu berfikir tentang hal umat.


2. Malas Jiwa

- Berpada dengan seadanya.
- Tiada semangat bersaing.
- Tidak teruja melihat orang lain berjaya


3. Malas Fizikal

- Tidak suka melakukan aktiviti fizikal, berpeluh.
- Merungut jika terpaksa menggerakkan fizikal.
- Tidak mudah letih, tetapi tidak ingin tingkatkan stamina.



Sebab-Sebab Malas


1. Suka Duduk Selesa
- Ibn al-Jawzi berkata : '' Penyebab malas ialah cinta keselesaan''.

2. Waktu Lapang
- Ibn Mas'ud berkata : '' Aku pasti marah akan orang yang dapatinya tidak buat apa-apa, tidak perkara dunianya mahupun akhiratnya.'' (al-Zuhd al-Kabir, al-Baihaqi)

3. Suka Bergantung Dengan Kemudahan
- Mengira sedikit pun dengan kalkulator, ke surau dekat pun dengann kenderaan.

4. Merasakan Umur Masih Panjang
- Umur baru 30. Tiada lagi darah tinggi dan kencing manis. Aku masih muda ! 

5. Dikelilingi Orang 'Malas-Malas'
- Ahli keluarga, kawan, rakan sepejabat bukanlah orang yang bersemangat proaktif, kompetitif dan produktif.



Ubat Malas


1. Jadikan Kematian Sebagai Motivasi - 'Hidup ini tidak lama, bila-bila masa boleh pergi'

2. Jadikan Syurga Sebagai Motivasi - Letak sasaran tertinggi, mahu syurga paling luas.

3. Bergaul Dengan Orang Lain - Sekurang-kurangnya baca kisah orang lain rajin terutamanya ulama salaf. Mereka rajin dalam soal keduniaan dan akhirat sekaligus.

4. Mujahadah Paksa Diri Kalahkan Malas - Kerap kali, ini menjadi ubat paling mujarab. Contoh setiap pagi bangun untuk solat Subuh, Terus paksa diri untuk bangkit.


No comments:

Post a Comment