Ramai di kalangan masyarakat cukup keliru dengan pengertian dan peranan dua istitusi Islam iaitu Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Kekeliruan ini menyebabkan ramai di antara kita berurusan dengan agensi yang salah dan tidak dapat meyelesaikan masalah yang dihadapi sebaiknya. 

Perbezaan Antara Majlis Agama Islam Dan Jabatan Agama Islam
Perbezaan Antara Majlis Agama Islam Dan Jabatan Agama Islam
Credit Pic : SUMBER

Pernah juga terjadi di pertandingan perarakan sempena hari Kebangsaan di sebuah negeri terjadi perasaan tidak puas hati kerana yang bersungguh-sungguh berarak adalah pasukan MAIN tetapi yang menerima hadiah adalah pasukan JAIN kerana juri keliru antara kedua-dua pasukan ini.

Perbezaan Antara Majlis Agama Islam Dan Jabatan Agama Islam


MAIN merupakan sebuah institusi yang penting di sesebuah negeri kerana ianya bertanggungjawab ke atas semua hal ehwal agama Islam di negeri tersebut. Apa sahaja urusan berkaitan agama islam merupakan tanggungjawab MAIN. 

Dengan kata lain MAIN merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam di sesebuah negeri. Dengan sebab itu Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja merupakan ketua bagi agensi ini di negeri masing-masing bagi negeri-negeri yang beraja.

Manakala bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai sultan maka ketua agamanya adalah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Bagi melicinkan perjalanan pentadbiran Islam di negeri-negeri maka satu undang-undang digubal yang dinamakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri. 

Beberapa tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang-bidang tertentu seperti agama, pendidikan dan ekonomi dilantik untuk menganggotai Lembaga Mesyuarat MAIN. Oleh itu sewajarnya agensi ini merupakan sebuah agensi yang neutral dalam semua segi tanpa dipengaruhi oleh mana-mana kumpulan atau ideologi demi kepentingan dan kemajuan umat Islam secara keseluruhannya.

Salah satu peranan MAIN dalam hal ehwal agama Islam adalah pengurusan baitulmal iaitu zakat, wakaf dan sumber am. Terdapat MAIN di sesebuah negeri yang meletakkan tanggungjawab pengurusan baitulmal secara terus di bawah pengurusannya, manakala terdapat juga MAIN yang menubuhkan agensi yang lain bagi menjalankan fungsi ini. 

Antara contoh agensi-agensi tersebut adalah Tabung Baitulmal Sarawak, Pusat Zakat Selangor, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan dan Zakat Melaka Sdn. Bhd. Ramai masyarakat memahami bahawa MAIN hanya menjalankan fungsi baitulmal sahaja sedangkan MAIN bertanggungjawab keseluruhan pentadbiran dan pengurusan agama Islam di negeri-negeri.

Bagi melaksanakan fungsinya, MAIN telah menubuhkan pelbagai agensi. Antaranya adalah Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Jabatan Mufti Negeri, Mahkamah Syariah Negeri dan perbadanan serta anak-anak syarikat dibawah MAIN . 

Jelas di sini menunjukkan bahawa JAIN merupakan salah satu agensi di bawah MAIN yang berfungsi untuk melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh MAIN. Antara tugas-tugas JAIN adalah pengurusan nikah kawin, penguatkuasaan undang-undang syariah, pengurusan masjid, pendakwaan, dakwah dan pendidikan Islam.

Wassalam..

Begitulah sedikit maklumat berdasarkan pengetahuan dan pengalaman. Maklumat ini mungkin ada sedikit perbezaan antara negeri-negeri mengikut kesesuaian masing-masing.

SUMBER

Baca Juga : Mengapa Iman Kita Ada Naik Turun ? Apa Sebabnya?

Post a Comment

Previous Post Next Post