Enuresis ialah terma perubatan untuk kencing malam. Ini adalah satu keadaan di mana kanak-kanak kencing malam tanpa disedari semasa tidur.


Cara Berkesan Bagi Mengelakkan Kanak-Kanak Kencing Malam
Cara Berkesan Bagi Mengelakkan Kanak-Kanak Kencing Malam
Credit Pic : SUMBER


Kebanyakan kanak-kanak berhenti malam selepas berumur 5 atau 6 tahun tetapi ada juga kajian menunjukkan yang 10%-15% daripada kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun masih terus kencing malam walaupu mereka tiada masalah dalam sistem buah pinggang. 

Kajian menunjukkan di Malaysia masih terdapat lebih kurang 6.2% daripada kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun masih lagi kencing malam. Kencing malam biasanya berlaku dalam sesebuah keluarga.



Sebab-Sebab Kencing Malam


- Ruang pundi kencing yang kecil.
- Gangguan tidur, kebanyakan pesakit yang kencing malam dikatakan mereka tidur terlalu nyenyak. (Walaubagaimanapun, tidak bukti kukuh untuk menyokong penyataan ini).
- Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa anak anda tidur. Vassopressin adalah penting bagi mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.



Jenis-Jenis Kencing Malam


- Kencing malam hanya di waktu malam dikalangan kanak-kanak yang tiada masalah lain.
- Kencing malam di waktu malam dan siang hati (tidak boleh mengawal kencing). Hal ini penialaian seterusnya oleh doktor untuk mengesan sebab yang lain.
- Sebab-sebab gangguan lain yang boleh menyebabkan kencing malam ialah jangkitan pada pundi kencing, masalah saraf tunjang, pundi kencing yang tidak normal dan masalah metabolisme seperti kencing manis. Selalunya keadaan yang seperti ini akan menunjukkan tanda-tanda lain selain dari kencing malam.



Cara Rawatan 


- Mengubah sikap - Contohnya memberi ganjaran pada anak anda sekiranya dia tidak kencing malam.
- Loceng kencing malam yang mana akan membangunkan anak anda setiap kali bila ia kencing malam.
- Ubat-ubatan juga dapat membantu anak anda kekal kering semasa tidur, dapatkan bantuan doktor anda mengenai perkara ini.



Cara Lain Yang Boleh Membantu


- Jangan salahkan anaka anda, bukanlah kesalahan dia. Bercakap tentang perkara ini secara terbuka dengan anak anda.
- Kurangkan minum diwaktu petang dan malam.
- Bangunkan atau angkat anak anda ditengah malam untuk kencing, ini boleh mengelak kencing malam tetapi tidak boleh menyembuhkan enuresis.
- Gunakan lapik tilam yang kalis air.
- Pewangi bilik.
- Mandi di waktu pagi sebelum ke sekolah.


SUMBER

Baca juga : Rawatan Awal Untuk Kanak-Kanak Yang Mempunyai Mata Juling

Post a Comment

Previous Post Next Post