Mata juling berlaku apabila kedua-dua belah mata tidak selari/sejajar dan melihat ke arah yang berlainan.
Satu mata memandang ke hadapan manakala mata di sebelahnya memandang ke lain sama ada ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah. mata juling boleh juga dikaitkan dengan faktor keturunan. Ia terjadi di kalangan 2-5% kanak-kanak.
Rawatan Awal Untuk Kanak-Kanak Yang Mempunyai Masalah Mata Juling
Rawatan Awal Untuk Kanak-Kanak Yang Mempunyai Masalah Mata Juling Credit Pic : SUMBER |
Sebab-Sebab Mata Juling
- Dalam kebanyakkan kes, tiada sebab yang diketahui.
- Ia disebabkan oleh otot-otot mata yang tidak berfungsi dengan baik dan elok pada mata yang juling atau kelumpuhan otot-otot mata itu sendiri.
- Rabun dekat (hiperopia) juga boleh menyebabkan mata bergerak ke dalam.
- Mata juling adalah lebih lazim di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah otak seperti Cerebral Palsy, Down Syndrome, Hydrocephalus dan barah otak.
Tanda -Tanda Dan Gejala
- Tanda dan gejala utamanya adalah kedudukan mata itu sendiri yang tidak selari/sejajar.
- Ia boleh menjadi masalah yang berpanjangan atau boleh wujud sekali sekala.
- Bayi normal yang baru lahir biasanya terjadinya juling disebabkan penglihatan yang belum matang. Masalah ini hilang setelah bayi semakin membesar.
- Walau bagaimanapun, mata yang sebetulnya juling tidak akan berubah dengan perkembangan tumbesaran.
Apakah Kesan Daripada Mata Juling ?
- Mata yang juling juga dapat menyebabkan kanak-kanak itu tidak dapat melihat dengan sempurna. Ini disebabkan ambliopia (mata malas). Jika tidak dirawat dengan cepat (sebelum kanak-kanak berumur 10 tahun), ianya boleh menghasilkan padangan kabur yang berkekalan. Lebih cepat ambliopia dirawat, lebih baik prognosis (kebarangkalian) untuk pulih.
- Penglihatan teropong (binocular) atau penglihatan 3 dimensi ini diperlukan untuk menganggar kedalaman/ketebalan pada sesuatu objek. Kebolehan ini boleh terjejas jika mata kanak-kanak tersebut itu juling.
Apakah Rawatan Yang Ada ?
- Mata juling ini memerlukan pemeriksaan awal oleh doktor mata.
- Cermin mata mungkin diperlukan untuk penyakit rabun mata seperti rabun dekat (hiperopia).
- Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah ambliopia (mata malas), menampak/menutup mata yang mempunyai penglihatan yang baik boleh membantu memulihkan penglihatan di mata yang juling. Bagaimanapun, rawatan ini tidak akan sesekali berjaya jika ia lewat dimulakan. Rawatan ini perlu dimulakan pada umur yang awal.
- Pembedahan mata boleh merawat mata juling dengan agar kembali sejajar/selari. Ia bagaimanapun tidak boleh menggantikan penggunaaan cermin mata atau rawatan untuk mata malas. Sewaktu pembedahan, otot-otot mata akan disusun semula. Selepas pembedahan. kanak-kanak biasanya boleh meneruskan aktiviti biasa selepas beberapa hari.
- Suntikan Botox kepada otot-otot mata mungkin boleh membantu dalam sesetengah kes, tetapi hanya untuk sementara waktu.
SUMBER
Baca juga : Tips Mudah Penjagaan kecantikan Kuku Anda
Post a Comment