Haji adalah ziarah suci yang dilakukan umat Islam ke Makkah, Arab Saudi setiap tahun dan merupakan yang terbesar di dunia. Haji adalah rukun ke-5 yang wajib dilaksanakan seperti yang tertakluk dalam Rukun Islam. 

Hukum Menggunakan Duit Haram Untuk Menunaikan Haji
Hukum Menggunakan Duit Haram Untuk Menunaikan Haji
Credit Pic : SUMBER


Kewajipan agama ini hendaklah dilakukan oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka bagi yang berkemampuan dan larat mengerjakannya. Haji menunjukkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan Muslim serta penyerahan jiwa kepada Allah.

Hukum Menggunakan Duit Haram Untuk Menunaikan Haji


Ziarah ini akan dilakukan pada 8 hingga 12 hari bulan Zulhijjah, iaitu bulan terakhir dalam takwim Islam. Disebabkan takwim tersebut merupakan kalendar qamari dan ia mengandungi 11 hari kurang berbanding kalendar Gregory, maka hari pelaksanaan haji mengikut tarikh Gregory sering berubah dari tahun ke tahun.

Soalan : 

Apakah hukum menunaikan fardhu haji dari hasil wang haram?


Jawapan : 

Dalam isu ini, ulama’ berbeza pandangan kepada dua pendapat:

Pertama : Pendapat yang dipegang oleh Imam Ahmad. Beliau berpendapat bahawa hukum haji tersebut tidak sah dan tidak diterima berdasarkan kepada hadith di bawah:

Yang bermaksud: “Bahawa Allah  itu baik (bersih), tidak menerima melainkan yang baik (bersih).” Riwayat Muslim (1015) al-Tirmizi (2989)

Kedua : Pendapat yang dipegang oleh jumhur (Syafi’ie, Maliki, Hanafi)

Menurut Imam Nawawi Rahimahullah, apabila seseorang itu melakukan haji dengan harta yang haram atau dia menunggang haiwan tunggangan yang dirampas ataupun haram keatasnya, maka dia mendapat dosa di atas perbuatannya, namun hajinya sah. 

Ini kerana, haji merupakan perbuatan-perbuatan yang khusus (rukun dan syarat) dan pengharamannya adalah disebabkan perkara yang di luar darinya. (Rujuk al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, oleh Imam Nawawi, 7/62)

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Maksudnya: “Sesiapa yang melakukan haji dengan harta yang haram, apabila dia bertalbiah, akan dikatakan kepadanya: “Tidak diterima seruanmu dan tidak ada kebahagiaan buatmu serta hajimu tertolak ke atas dirimu” (Rujuk Hasyiah al-Bujairami, 2/423)


Kesimpulan

Dalam isu ini, kami berpandangan bahawa hukum haji yang dilakukan dengan menggunakan wang haram adalah sah namun penggunaan wang tersebut dikira sebagai berdosa. Ini kerana, pengharaman terhadap perbuatan tersebut adalah disebabkan perkara-perkara yang di luar dari ibadah haji.

Kami mengambil peluang disini untuk menasihati para jemaah haji agar sama-sama meneliti sumber kewangan bagi melaksanakan ibadah haji kerana dibimbangi haji yang kita lakukan itu menjadi sia-sia disebabkan sumber yang haram tersebut. 

Bagi mereka yang berpeluang untuk menunaikan ibadah haji adalah satu anugerah yang besar daripaada Allah SWT. Justeru, berusahalah sebaik mungkin untuk mencapai haji yang mabrur.

Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga kita dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang dimurkai oleh-Nya seterusnya hidup dibawah rahmat-Nya. Amin.





Post a Comment

Previous Post Next Post