Lambakan pil minda yang dari pelbagai jenama yang dikatakan mampu membuatkan anak lebih bijak dan pintar semakin banyak di jual di pasaran. Tetapi adakah ianya dibolehkan dalam Islam?
Hukum Berkenaan Pengambilan Pil Minda Untuk Anak-Anak Credit Pic : SUMBER |
Soalan :
Assalamualaikum Dato’ Seri Mufti. Apakah
hukum berkenaan tentang pengambilan pil minda yang banyak terdapat di pasaran pada masa kini?
Mohon penjelasan. Terima kasih.
Hukum Berkenaan Pengambilan Pil Minda Untuk Anak-Anak
Jawapan :
Di dalam Islam, kita disuruh untuk berusaha
dengan bersungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita atau impian yang di
inginkan. Tidak terdapat jalan mudah atau jalan pintas dalam mencapai sesuatu
kejayaan tanpa kesungguhan yang gigih. Allah SWT berfirman :
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah al-Ra’d: 11)
Kecerdikan dan kepandaian dalam sesuatu
ilmu pengetahuan adalah diperolehi dengan cara dipelajari. Sesuatu ilmu ini
tidak dapat diwarisi serta tidak dapat diperolehi melainkan dengan jalan
pembelajaran. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Muawiyah Bin Abi Sufyan
R.A, bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya ilmu dengan dipelajari.” (Riwayat al-Baihaqi (252))
Memetik kenyataan akhbar, menurut Dr.
Jamnul Azhar, secara saintifiknya, makanan minda tidak memberi apa-apa maksud secara
langsung yang boleh mencerdaskan tetapi ianya lebih kepada memperbetulkan fungsi badan.
Penggunaan pil seperti ini adalah salah satu makanan tambahan atau suplimen
yang membantu tubuh badan manusia untuk berfungsi dengan lebih baik.
Menjawab kepada soalan ini, penggunaan atau
pengambilan pil minda ini adalah harus serta dibolehkan. Hal ini kerana, perkara
ini termasuk dalam perkara-perkara duniawi yang dibenarkan sehingga terdapatnya
dalil-dalil yang melarang kepada perkara tersebut.
KESIMPULAN
Dalam isu ini, kami cenderung mengatakan
hukum pengambilan pil minda yang terbukti berkesan menurut kajian saintifik
adalah harus dan dibolehkan selagimana pil tersebut tidak mengandungi
bahan-bahan terlarang dan diharamkan oleh syarak. Namun demikian, konsep
penyampaian maklumat yang digunapakai dalam aktiviti pemasaran perlulah
dinyatakan dengan jelas dan jujur serta tidak memanipulasi fakta yang sebenar
berkenaan pil genius tersebut.
Begitu juga dari sudut penamaan produk,
ianya perlulah selari dengan konsep yang dibawakan dan bukanlah sekadar
bertujuan melariskan produk semata-mata. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan
pengguna berterusan dalam kekeliruan serta mendapat maklumat yang tidak tepat.
Berlaku jujurlah dalam setiap perkara, pasti akan terdapat keberkatan di
kemudian hari.
Semoga dengan apa yang disampaikan ini
membuka minda dan memberi kefahaman kepada kita semua dalam melayari kehidupan
berlandaskan syariat Islam yang sebenar.
Post a Comment