Artikel Terkini

Apa itu Brain Aneurysm Dan Adakah Ianya Berbahaya ?


Boleh dianggarkan satu dalam 50 orang mempunyai "brain aneurysm" dan ramai orang yang tidak mengetahuinya. Brain aneurysm adalah keadaan di mana saluran darah dalam otak mempunyai titik lemah, menyebabkan saluran darah pada bahagian ini mengembang seperti belon.

Apa itu Brain Aneurysm Dan Adakah Ianya Berbahaya ?
Apa itu Brain Aneurysm Dan Adakah Ianya Berbahaya ?
Credit Pic : SUMBER

Jika tekanan darah menjadi tinggi (terutama pada pesakit darah tinggi), ia boleh mengembang ke saiz yang lebih besar, lalu pecah dan menyebabkan stroke. Banyak kes brain aneurysm yang pecah menyebabkan kematian yang mengejut.

Apa itu Brain Aneurysm Dan Adakah Ianya Berbahaya ?


Kebanyakan 'brain aneurysm' tidak terlalu besar, jadi ia tidak pecah, tetapi ia ibarat bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa. Ia juga tidak memberikan sebarang tanda atau menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

Saya ada seorang pesakit saya yang mempunyai tekanan darah yang tinggi. Bacaan tekanan darah pada ketika itu 200/130. Beliau mengalami rasa sakit kepala, mual dan muntah. Pandangan mata mulai kabur. Pemeriksaan MRI mengesahkan beliau mengalami brain aneurysm.

Doktor mencadangkan pembedahan, tetapi beliau enggan. Sekarang dengan ubat-ubatan, bacaan tekanan darah beliau hanya turun ke 150/100. Dinasihatkan agar banyak berehat dan mengurangkan berat badan.

Beliau bertanyakan pendapat saya. Saya menambah, selain itu jaga pemakanan dan uruskan stress dengan baik. Sekarang bacaan BP beliau 140/90. Saya selalu ingatkan beliau yang beliau ada penyakit tekanan darah tinggi dan mempunyai brain aneurysm. Jadi kena selalu beringat.


SUMBER

Baca Juga :  Makanan Yang Boleh Menyebabkan Badan Berbau

No comments:

Post a Comment