Adakah harus jika ibu bapa melebihkan pemberian kepada salah seorang dari anaknya atau hanya memberi kepada sebahagian dan tidak kepada sebahagian yang lain?
Hukum Ibubapa Pilih Kasih Yang Perlu Ibubapa Tahu Credit Pic : SUMBER |
Adakah jika hendak memberikan sesuatu kepada anak lelaki mestilah nilai dua kali ganda yang diberikan kepada anak perempuan?
Hukum Ibubapa Pilih Kasih Yang Perlu Ibubapa Tahu
JAWAPAN :Apakah Hukum Ibu Bapa Pilih Kasih Terhadap Anaknya
Disunatkan ibu bapa memberikan hadiah atau harta sama rata kepada anak-anaknya.
Jika dilebihkan pemberian kepada sebahagian anak sahaja maka perbuatan itu adalah dibenci syarak sekali pun pemberian itu adalah sah.
Diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir r.a. kata beliau :
انْطَلَقَ بِي أَبِي يَحْمِلُنِي إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، اشْهَدْ أَنِّي قَدْ نَحَلْتُ النُّعْمَانَ كَذَا وَكَذَا مِنْ مَالِي، فَقَالَ: «أَكُلَّ بَنِيكَ قَدْ نَحَلْتَ مِثْلَ مَا نَحَلْتَ النُّعْمَانَ؟» قَالَ: لَا، قَالَ: «فَأَشْهِدْ عَلَى هَذَا غَيْرِي»، ثُمَّ قَالَ: «أَيَسُرُّكَ أَنْ يَكُونُوا إِلَيْكَ فِي الْبِرِّ سَوَاءً؟» قَالَ: بَلَى، قَالَ: «فَلَا إِذًاArtinya : “Bapaku pernah membawa aku kepada Rasulullah saw dan berkata : Wahai Nabi bersaksilah sungguhnya aku telah memberikan Nu’man akan ini dan ini daripada harta.
Sabda Nabi saw : Adakah semua anak-anakmu mendapat seumpama yang diberikan kepada Nu’man?
Kata bapaku : Tidak.
Maka jawab Nabi : Kalau begitu suruhlah selain aku yang bersaksi. Lalu Nabi bersabda : Adakah kamu suka semua anak-anak mu bersamaan berbuat baik kepada mu?
Kata bapaku : Ya.
Lalu sabda Nabi “ Kalau begitu jangan buat begitu.” (Hadith Imam Muslim)
Hadith ini menujukkan bahawa Nabi saw tidak suka pemberian harta yang tidak adil terhadap anak-anak sehinggakan Nabi saw enggan menjadi saksinya. Oleh itu hendaklah ibu bapa menyamakan pemberian kepada sekelian anak-anak sekadar yang termampu. Maksud sama bukanlah sama timbangan atau sama ukuran tetapi semua anak sama-sama mendapat pemberian sekalipun ukuran harta yang diberi itu tidak sama nilainya atau berlainan sifatnya.
Berkata Imam As-Syairazi :
والمستحب أن لا يفضل بعض أولاده على بعض في الهبةArtinya : “Dan disunatkan bahawa tidak melebihkan pemberian kepada sebahagian anaknya atas sebahagian lagi pada masalah memberi harta.” (Kitab Al-Muhazzab)
Dan tidak disyaratkan anak lelaki mendapat dua bahagian lebih dari anak perempuan seperti mana diwajibkan pada harta pesaka tetapi hendaklah bersamaan anak lelaki dan anak perempuan pada hadiah pemberian atau hibah ini. Inilah pendapat jumhur ulamak selain mazhab Hanbali.
Berkata Imam Ibnu Ar-Rusydi :
وَالْعدْل هُوَ التَّسْوِيَة بَينهمArtinya : “Dan maksud adil ialah bersamaan di antara sekelian anak-anak.” (Kitab Bidayatul Mujtahid)
Wallahua’lam
SUMBER - Ustaz Azhar Idrus
Baca Juga : Hukum Berkenaan Makan Di Dalam Masjid
Post a Comment