Personaliti dan kebersihan diri individu sering diukur menerusi penampilan yang kemas serta aroma tubuh menyenangkan.

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Badan Berbau
Makanan Yang Boleh Menyebabkan Badan Berbau
Credit Pic : SUMBER

Selain menarik perhatian individu lain menerusi deria mata yang melihat, rasa sensitif dan kepekaan deria hidung memainkan peranan penting bagi memastikan kehadiran kita mampu diterima sebaiknya.

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Badan Berbau


Justeru, bau badan ialah aspek yang perlu dijaga sebagai tanda kebersihan pada diri sendiri. Antara faktor menyebabkan bau badan adalah daripada pengambilan makanan.

Berikut merupakan sumber makanan yang menyumbang kepada masalah bau badan :

1. Makanan Berempah


Rempah mengandungi gas sulfur yang akan menyebabkan bau badan selepas makan makanan tersebut.

Antara yang menjadi penyumbang ialah serbuk kari atau rempah ratus yang lain boleh menyebabkan tubuh berbau.


2. Produk Tenusu

Memang diakui banyak minum susu memang menyihatkan badan. Namun, jika ia melebihi keperluan dalam badan, ia juga menjadi punca kepada masalah bau badan.


3. Bawang Putih

Memang makanan menjadi sedap apabila ditambah dengan bawang putih tetapi jika terlalu banyak, ia menyumbang kepada faktor bau badan yang tidak enak. Jika sudah terlalu lama, agak sukar untuk menghilangkannya.


4. Daging Merah

Daging juga membuatkan badan anda cepat berbau. Daging merah agak sukar dicerna oleh perut hingga cenderung untuk mengeluarkan bau yang tidak elok di dalam tubuh.

Tambahan pula apabila anda berpeluh, aroma yang keluar juga tidak enak pada pandangan orang lain.


5. Makanan Ringan

Kandungan lemak yang tinggi di dalam makanan ringan berupa snek memang cepat membuatkan badan anda mengeluarkan bau yang tidak senang terutamanya ketika berpeluh.

Bayangkan badan anda sudah mengembang, pasti jantung mengepam lebih banyak darah dan mudah keluar peluh. Jadi, kurangkan pengambilan makanan seperti ini.


6. Minuman Keras

Agama kita melarang pengambilan minuman keras kerana kesannya lebih banyak yang buruk daripada kebaikan.

Selain mengundang pelbagai masalah, ia juga merupakan penyebab kepada masalah bau badan.

Jadi, kurangkanlah pengambilan daripada sumber makanan yang disenaraikan di atas yang boleh merembeskan peluh berbau terutama bagi mereka yang kuat berpeluh.


SUMBER

Baca Juga : Perbezaan Antara Migrain Dan Sakit Kepala Yang Perlu Anda Ketahui

Post a Comment

Previous Post Next Post