Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Masih belum terlambat saya ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan Yang Ke 63. Tema Kemerdekaan pada tahun 2020 ini adalah 'Malaysia Prihatin'. Apa maksud tema Malaysia Prihatin?
Skop Tugas Sebenar Pembantu Penyediaan Makanan N19 Credit Pic : SUMBER |
''Malaysia'' membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi pandemik covid-19 samada penjawat awam, sukarelawan, mahupun orang perseorangan. ''Prihatin'' pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif PRIHATIN yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup raykat Malaysia.
Skop Tugas Sebenar Pembantu Penyediaan Makanan N19
Sambutan kali ni diadakan di Dataran Pahlawan dalam persekitaran norma baharu. Mana la tahu kan..panel temuduga bertanya ke...anda dah tahu menjawab. Kiranya ni macam pengetahuan umum yang mana semua rakyat Malaysia perlu ambil tahu la.
Walaupun rakyat Malaysia tidak dapat menyaksikan detik penting negara itu pada setiap tahun untuk kali ini tetapi rakyat Malaysia tetap berpeluang menyambut Hari Kemerdekaan tahun ni secara langsung di kaca televisyen dan laman media sosial. Sebelum saya kongsikan Skop Tugas Bagi Jawatan Pembantu Penyediaan Makanan N19, jom kita lihat dahulu logo dan rasional logo Malaysia Prihatin di bawah ini.
Malaysia Prihatin 2020 |
- Logo Berbentuk Hati => Melambangkan keperihatinan Kerajaan Malaysia terhadap Masyarakat berbilang kaum.
- Warna Biru Tua => Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
- Bulan Sabit => Islam adalah agama bagi persekutuan.
- Bintang Pecah 14 => Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan.
- 7 Jalur Merah Putih Berbentuk Hati => Terjalinnya keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan.
- Stigma Bunga Raya => Membawa negara ke arah mercu kejayaan .
- 5 Titik Merah => Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa.
Okeyy...baiklah...tu sekadar ilmu pengetahuan umum yang ingin saya kongsikan. Tak rugi pun membaca. Jom kita ke skop tugas Pembantu Penyediaan Makanan N19.
=> Mengurus persediaan dan penyediaan peralatan dan kemudahanbagi aktiviti demonstrasi makanan dan masakan.
=> Mengendalikan pembungkusan produk khas.
=> Menyediakan hidangan untuk dibuat uji rasa oleh pegawai dan panel uji rasa.
=> Merekodkan pengeluaran dan pengagihan bahan makanan dari stor item mengikut menu harian.
=> Menghidangkan diet mengikut jenis diet dan bilangan yang dipesan.
=> Memastikan makanan yang disediakan dengan betul, bersih dan berkualiti.
=> Mengeluarkan bahan-bahan masakan dari stor, chiller dan freezer untuk kegunaan mengikut menu dan resepi piawai.
=> Membuat pengeluaran bahan ramuan untuk masakan dari syor, chiller atau freezer ke kawasan pra penyediaan.
=> Membuat pengeluaran dan pengasingan bahan makanan mentah,basah dan kering ke stor,freezer atau chiller.
=> Merekod suhu stor, chiller dan freezer.
=> Menyimpan bahan mentah, basah dan kering kedalam stor, freezer atau chiller setelah diterima oleh pegawai.
=> Memilih, memeriksa dan mengasingkan makanan yang dibekalkan untuk memastikan hanya makanan yang mematuhi spesifikasi kontrak diterima.
=> Mengamalkan dan mematuhi segala polisi keselamatan jabatan.
=> Mematuhi semua peraturan perkhidmatan awam, garis panduan, tatacara, prosedur dan arahan yang ditetapkan.
Sampai di sini sahaja perkongsian saya kali ini, jika anda ada request skop tugas bagi apa-apa jawatan, boleh komen skop tugas untuk jawatan apa di bawah ni. Saya akan usahakan bertanya pada rakan-rakan yang bekerja jawatan tersebut jika ada.
Baca Juga : Skop Tugas Sebenar Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
Baca Juga : Skop Tugas Sebenar Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
Post a Comment