Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sekolah berasrasma penuh di bawah kelolaan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sebagai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, sistem pendidikan MRSM ini diwujudkan untuk merealisasikan matlamat MARA dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berdaya maju.
Permohonan Dan Panduan Memohon MRSM Sesi 2021 Credit Pic : SUMBER |
Sistem pendidikan MRSM digubal dengan berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik berpaksikan kepada pembinaan karakter para pelajar supaya mereka menjadi insan cemerlang yang halistik, inovatif dan berintegriti.
Permohonan Dan Panduan Memohon MRSM Sesi 2021
Mara juga menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar dari golongan keluarga yang berpendapatan rendah. Pemberian bantuan kewangan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan berasaskan latar belakang keluarga pelajar, pendapatan isi rumah dan tanggungan ibu bapa atau penjaga pelajar. Terdapat 2 bantuan yang disediakan iaitu Program Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI) dan Pemberian Wang Saku.
1. Program Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI)
Pelajar yang berkelayakan dan memenuhi syarat berpeluang menerima Bantuan Kewangan BUDI-MARA atau BUDI di bawah tajaan bersama agensi luar. Bantuan BUDI ini diberikan dalam bentuk penyediaan barangan persekolahan pelajar seperti penyediaan pakaian seragam maktab, pakaian sukan, alatan persekolahan serta keperluan asas asrama.
2. Pemberian Wang Saku
Wang Saku (WS) adalah sejumlah pemberian bulanan oleh MARA kepada pelajar sebagai wang belanja bulanan pelajar sepanjang pelajar berkenaan berada dalam sistem MRSM. Pemberian WS ini tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM 2020 (UKKM)
1. Matematik - Masa menjawab adalah selama 30 minit dan jumlah soalan adalah sebanyak 20 soalan objektif.
2. Bahasa Inggeris - Masa menjawab adalah selama 30 minit dan jumlah soalan adalah sebanyak 15 soalan objektif.
3. Sains - Masa menjawab adalah selama 30 minit dan jumlah soalan adalah sebanyak 30 soalan objektif.
4. Keperibadian - Masa menjawab adalah selama 30 minit dan jumlah soalan adalah sebanyak 100 soalan objektif.
* Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1 - Masa menjawab adalah selama 35 minit dan Ujian Hafazan serta Tulisan Jawi (Bagi calon yang memohon Program Ulul Albab)
Panduan Memohon MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sesi 2021
1. Layari https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/ .
2. Pilih sama ada Tingkatan 1 atau Tingkatan 4
3. Klik Syarat Dan Baca
4. Klik Pautan Permohonan
5. Daftar Pengguna - Isikan nombor mycard calon
6. Isikan Nama, Email, Sekolah & Klik Hantar
7. Terima Kata Laluan. Contoh : 960909
8. Log Masuk - Masukkan mycard dan kata laluan yang diberikan serta klik MASUK
9. Lengkapkan dan Isikan Maklumat yang diperlukan
10. Klik bahagian Perakuan & Hantar.
11. Terima Notifikasi 'Permohonan Berjaya Dihantar'
12. Cetak Borang Yang Diisi.
SUMBER
Baca Juga :Rayuan BSH Fasa 3 2020 Online
Post a Comment