Ramai yang salah faham, kahwin muda yang akan dibincangkan disini tiada kena mengena dengan perkahwinan bawah umur ya. Untuk lebih jelas, kahwin muda di sini adalah perkahwinan yang melibatkan pasangan berusia seawal 20an. 

Adakah Kahwin Muda Satu Keputusan Terburu Atau Keputusan Yang Tepat?
Adakah Kahwin Muda Satu Keputusan Terburu Atau Keputusan Yang Tepat?
Credit Pic : SUMBER

Jadi apakah berkahwin muda jalan yang paling tepat untuk dipilih ? Jika anda masih keliru, mari kita lihat secara terperinci tentang kahwin muda.

Adakah Kahwin Muda Satu Keputusan Terburu Atau Keputusan Yang Tepat?


1. Ada Orang Yang Menemani Sepanjang Hidup

Untungnya bila kahwin muda ni, dialah yang akan ada dengan kita waktu suka dan duka termasuklah masa kita memegang skrol graduasi di konvokesyen. Di kala waktu kta tertekan menghadapi situasi di alam pekerjaan, waktu kita menangis gembira di hari pernikahan, waktu kita meneran kelahiran zuriat untuknya dan dari dulu sampailah sekarang semua momen berharga dapat dikongsi bersama.


2. Hidup Belum Ada Arah Tujuan

Meskipun ramai yang binggung dengan keadaan hidup yang masih belum terurus keranamasing-masing baru hendak mengenal erti kehidupan. Tiada apa yang perlu dirisaukan sangat sebenarnya. Anda dan pasangan yang baru berkahwin sepatutnya perlu duduk dan berbincang. Cari jalan untuk meneruskan hidup dengan cara terbaik. Inilah masanya untuk anda dan si dia mula menjadi matang dan belajar berdikari dalam menjalani bahtera perkahwinan yang bari hendak dibina.


3. Kewangan

Ini salah satu masalah yang kerap berlaku bagi pasangan muda yang beru berkahwin. Masalah kewangan yang belum stabil. Namun jika anda cukup bijak dengan pendapatan yang sedikit itu apabila digabungkan bersama pendapatan pasangan, anda sebenarnya boleh berjimat dalam masa yang sama dapat merangka perbelanjaan dengan betul. Anda dan pasangan boleh membahagikan tanggungjawab masing-masing dalam sesuatu bayaran pembelanjaan.


4. Persediaan Mempunyai Anak

Ni salah satu betapa beruntungnya pasangan muda, anak-anak akan cepat membesar seiring dengan kemampuan diri anda. Keadaan anda yang maish muda sudah tentu mampu melayan karenah anak-anak kecil dan boleh membesarkan dengan segala nikmat kerana anda masih mampu bekerja serta dapat mencukupi keperluan anak-anak.


5. Bosan Terhadap Pasangan ? 

Sememangnya anda sudah mengenali pasangan sejak bertahun lama. Bila dah kahwin, semestinya anda mahu hidup bersamanya hingga ke akhir hayat. Ramai bertanya apakah seseorang itu tidak akan bosan terhadap pasangan yang sudah terlalu lama dikenalinya itu ? TIDAKKK !!! 

Asalkan kedunya pandai menyeimbangkan situasi dalam rumahtangga. Tidak mengabaikan keperluan seksual pasangan dan bijak menggunakan emosi untuk mengambil hati pasangan. Peasaan bosan itu tidak akan wujud. Menurut kajian, pasangan yang sudah kenal sejak dair bangku sekolah dan kemudian berkahwin kurang berisiko untuk bercerai bahkan dikatakan lebih bahagia tau.

Walauapapun, sesebuah hubungan memerlukan tindak balas dari kedua-dua pasangan. Ia memerlukan masa dan usaha dari kedua-dua belah pihak. Barulah kebahagian akan dikecapi dan tercipta.


SUMBER


Baca juga : Maksud Sebenar kecomelan Wanita Di Mata Lelaki

Post a Comment

Previous Post Next Post