Ramai wanita ingat yang dia sudah benar-benar mengenali mengenali dengan lelaki di sisi mereka. Sebenarnya ada lagi rahsia lelaki yang ramai perempuan tidak ketahui.


Rahsia Fakta Lelaki Yang Perempuan Jarang Ketahui
Rahsia Fakta Lelaki Yang Perempuan Jarang Ketahui
Credit Pic : SUMBER


Jom kita bongkarkan satu per satu tentang rahsia lelaki.


Rahsia Fakta Lelaki Yang Perempuan Jarang Ketahui


1. Mahu Awek Cantik, Tetapi Mahu Isteri Yang Bersifat Keibuan

Sellau kita dengar lelaki sukakan perempuan cantik. Pantang saja nampak perempuan dahi licin, mata tidak berkelip. Namun sebaliknya, perempuan seksi dan cantik itu bukan pilihan utama si lelaki untuk jadikan suri hatinya. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap perempuan itu hanya disebabkan mereka cantik semata-mata. Namun, mereka lebih mudha terpikat terhadap personaliti dan keterampilan seseorang perempuan tersebut. Cantik dalaman itu lebih penting bagi mereka.


2. Tidak Call Bukan Bermakna Tidak Sayangkan Pasangan

Lelaki tidak suka kalau awek atau isteri asyik SMS atau call dia sepanjang masa. Kadang-kadang bukannya lelaki tidak baca SMS atau tidak perasan miss call. Mereka sengaja biarkan sahaja. Itu bukan bermakna mereka tidak memperdulikan pasangan mereka. Lelaki hanyalah mahukan ruang peribadi untuk diri sendiri. Lelaki mudha berasa rimas jika dikongkong sepanjang masa.


3. Bertanyakan Soalan Yang Sama Sahaja

Tengah buat apa tu?, Dah makan ke?. Nampak pelik kan?. Tapi itulah merupakan soalan yang kerap ditanya lelaki ketika menelefon seorang perempuan. Masa bercinta boleh cakap lama-lama. Lepas berkahwin, 30 saat pun sudah dikira agak lama.


4. Walau Fokus Tentang Kerja, Lelaki Masih Teringatkan Isteri 

Lelaki akan sentiasa sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang masa. Namun, percayalah sebelum mereka tidur sudah pasti mereka memikirkan mengenai wanita yang benar-benar mereka sayangi. Jika telah berkahwin sekali pun, walaupun dalam keadaan berbaring di sebelah isteri, lelaki akan memikirkan tentang insan yang tersayang.


5. Utamakan Kekasih, Isteri Dan Anak-Anak Lebih Dari Diri Sendiri

Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua perbuatan dan sifat negatif yang ada pada wanita tersebut. Orang kata, bila hati sudah buta, semuanya dia akan percaya. Apabila bekerluarga, bapa atau suami akan lebih mengutamakan keluarga. Diri sendiri tidak penting, asalkan family happy, mereka juga akan turut happy.


6. Cair Atau Malu Dengan Senyuman Wanita

Tidak kiralah pabila wanita memberikan senyuman manis pada lelaki, terutamanya sekali orang yang tidak dikenali, hati mereka akan menjadi tidak keruan. Ia mungkin adalah signal lain. ia boleh menjadi dua perkara samada : Hensem sangatkah aku hari ini ataupun eh !! aku tak zip lagi ke seluar hari ni.


7. Nombor Telefon Perempuan Save Nama Lelaki

Bagi lelaki curang, mereka cuba mengaburi mata dengan menipu pasangan dengan taktik ini. Sudah tentu pasangan tidak akan syak apa-apa apabila save nama lelaki. Namun, sampai bila anda perlu berbohong dengan pasangan, sampai masa akan ketahuan juga.


8. Jangan Ingatkan Kisah Lama

Lelaki amat bencikan jika pasangan mereka menceritakan hal-hal kisah lama tentang bekas pasangan. Ini secara tidak langsung akan membuatkan lelaki merasa tercabar.


9. Mempermainkan Cinta

Seorang lelaki mampu mencitai wanita untuk jangka masa yang sekejap. Kemudian, terus melupakan perempuan yang dicintainya tanpa rasa apa-apa bersalah. Sebaliknya perempuan sukar untuk jatuh cinta. Tetapi apabila perempuan menyayangi seseorang lelaki itu, mereka akan menyayangi sampai bila-bila.


10. Berani Masuk Meminang

Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini bermaksud mereka benar-benar serius dalam hubungan. Apabila lelaki telah menyuarakan niat murni ini, jangan tangguh-tangguhkan. Ini bermakna mereka bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.


MAHU PIKAT LELAKI IDAMAN ANDA > KLIK DISINI <


Banyak lagi perkara tentang sifat lelaki yang sukar bagi kaum wanita memahaminya. Walau apapun yang terjadi, terimalah kekurangan pasangan anda sekali. Anda bukan berkahwin dengan dirinya sahaja tetapi dengan kekurangannya sekali.


SUMBER

Baca juga : Tanda-Tanda Menunjukkan Seseorang Itu Menyukai Anda Dalam Diam

Post a Comment

Previous Post Next Post